Lelaki kes serangan di Pantai Bondi tampil ke mahkamah buat kali pertama

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki kes serangan di Pantai Bondi tampil ke mahkamah buat kali pertama

Naveed Akram hadapi 59 pertuduhan atas serangan pada 14 Dis termasuk 15 pertuduhan membunuh dan kesalahan keganasan
Feb 16, 2026 | 1:17 PM

Lelaki kes serangan di Pantai Bondi tampil ke mahkamah buat kali pertama

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Bondi, serangan, mahkamah
Naveed Akram yang didakwa melepaskan tembakan dan bergerak secara taktikal di lokasi kejadian, menghadapi 59 pertuduhan atas serangan pada 14 Disember 2025. - Foto AFP

SYDNEY: Lelaki yang dituduh melepaskan tembakan ke atas sambutan Hanukkah Yahudi di Pantai Bondi dan mengorbankan 15 orang, tampil di mahkamah buat kali pertama pada 16 Februari, lapor media Australia.

Naveed Akram, 24 tahun, menghadapi 59 pertuduhan atas serangan pada 14 Disember, termasuk 15 pertuduhan membunuh, 40 pertuduhan mencederakan dengan niat untuk membunuh dan kesalahan keganasan.

Polis mendakwa dia melakukan penembakan beramai-ramai bersama bapanya Sajid, 50 tahun, yang ditembak mati di tempat kejadian.

Semasa sebutan secara ringkas di mahkamah Sydney pada 16 Februari, Akram muncul melalui pautan video dari Pusat Pemulihan Goulburn – sebuah penjara keselamatan maksimum di barat daya Sydney – tempat dia ditahan reman, lapor media.

Akram memakai pakaian penjara hijau dan duduk diam sepanjang prosiding.

Dia bercakap hanya untuk mengakui dia mendengar perbincangan tentang melanjutkan perintah tegahan berhubung butiran mangsa.

Di luar mahkamah, peguam Akram, Encik Ben Archbold, berkata anak guamnya melakukan “sebaik yang dia mampu” memandangkan “syarat yang sangat berat” di penjara.

Menurut Encik Archbold, masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada Akram akan mengemukakan rayuan dan beliau belum membincangkan butiran serangan yang didakwa dia lakukan itu.

Beliau berkata: “Saya belum bercakap dengannya tentang serangan itu.

“Apa yang kami lakukan pada masa ini hanyalah memulakan proses... kami sedang menunggu taklimat yang disampaikan kelak. Tiada apa-apa lagi yang boleh saya katakan.”

Encik Archbold menyatakan beliau telah melawat Akram di penjara.

“Dia hanyalah seorang anak guam, dan dia seorang anak guam yang perlu diwakili. Dan kami tidak membiarkan pandangan peribadi kami menghalang kewajipan profesional kami. Perkara itu telah ditangguhkan, saya tiada apa-apa lagi untuk diperkatakan,” tambah beliau.

Kes itu dijangka didengar lagi di mahkamah pada April.

Sebelum ini, pihak berkuasa percaya motif serangan itu adalah untuk mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat Yahudi di negara itu, dan polis menyatakan serangan pengganas itu diilhamkan oleh ISIS. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg