LEDANG: Seorang lelaki putus pergelangan kaki kiri selepas lori ais yang dipandunya dirempuh lori tanah dan lori bermuatan perabot dari belakang di Kilometer 4 Jalan Muar-Melaka, berhampiran Kampung Tanjung Gading di sini, pada 11.15 pagi semalam.
Difahamkan, ketika kejadian, Encik Mohd Gan Abdullah, 33 tahun, meletakkan lorinya di tepi jalan untuk menghantar ais.