Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS letak kumpulan pengganas, dua lagi militan Indonesia dalam senarai pengganas

Jan 11, 2017 | 02:31 PM



JAKARTA: Kumpulan pengganas Jemaah Ansharut Daulah (JAD) di Indonesia dan dua militan menonjol negara itu telah diletak dalam senarai pemerhatian antipengganasan Amerika, disebabkan hubungan dengan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).



Langkah itu, yang membuka jalan bagi tindakan penguatkuasaan undang-undang Amerika terhadap mereka, datang di tengah-tengah ancaman ISIS yang semakin meningkat di Asia Tenggara, sedang ISIS terus kalah di Timur Tengah kepada pasukan perikatan.



Jabatan Negara Amerika, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa (10 Jan), berkata JAD, yang mendalangi serangan terang-terangan di pusat bandar Jakarta pada Januari 2016, telah dilabel sebagai 'Pengganas Global Khas Ditetapkan".



"JAD sebuah kumpulan pengganas berpangkalan di Indonesia yang ditubuhkan pada 2015 dan terdiri daripada hampir dua dozen kumpulan pelampau Indonesia yang berjanji setia pada pemimpin ISIL Abu Bakr al-Baghdadi," kata Jabatan Negara, merujuk pada nama lain ISIS, lain, Negara Islam di Iraq dan Levant (ISIL).



Jabatan Perbendaharaan Amerika juga mengumumkan pada hari sama bahawa rakyat Indonesia Aman Abdurrahman dan Bahrumsyah telah ditambah ke senarai "Warga Khas Ditetapkan" (SDN).



Kedua-dua warga Indonesia itu telah berikrar setia kepada ISIS.



Langkah Amerika itu bermakna aset mereka disekat dan syarikat serta warga Amerika dilarang mempunyai urusan dengan mereka.



Aman dikatakan mengarahkan serangan di Jakarta pada 14 Jan tahun lalu yang mengorbankan lapan orang, termasuk empat militan.



Dia sedang menjalani hukuman di penjara Indonesia dan dikatakan menjadi pemimpin JAD, salah satu cabang rangkaian pengganasan Jemaah Islamiyah (JI).



Bahrumsyah kini berada di Syria, di mana dia dilantik oleh al-Baghdadi untuk mengetuai batalion pejuang asing dari Asia Tenggara yang menyertai kumpulan itu di Timur Tengah.



Militan lain Indonesia yang diletak Amerika dalam senarai pemantauan pengganas termasuk Hambali, bekas pemimpin Al-Qaeda yang ditahan di Teluk Guantanamo sejak 10 tahun lalu; pemimpin JI, Abu Bakar Bashir; dan Santoso daripada kumpulan Mujaheedin Indonesia Timur ini (MIT) yang ditembak mati pasukan keselamatan Indonesia di Poso, Sulawesi Tengah, tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >