Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Letupan di gudang simpan senjata, bahan letupan WW2 di Jawa Tengah

Sep 14, 2019 | 04:54 PM



JAKARTA - Satu letupan telah berlaku pada Sabtu (14 September) di sebuah gudang bukti polis Indonesia, yang menyimpan senjata dan bahan letupan yang digunakan pada Perang Dunia Kedua (WW2).



Letupan tersebut mencederakan seorang pegawai polis, dan menyebabkan pemindahan penduduk berdekatan, menurut pihak polis Indonesia.



Gudang itu terletak di ibu pejabat Pasukan Polis Bergerak di kawasan Srondol, berdekatan kota Semarang, di wilayah Jawa Tengah.



Letupan itu berlaku pada 7 pagi waktu tempatan, menurut ketua polis wilayah, Encik A. Dahniel, kepada Kompas TV.



Beliau menambah bahawa bahan letupan yang disimpan di gudang itu telah ditemui oleh penduduk.



Punca letupan sedang disiasat dan anggota bomba telah dikerahkan ke tempat kejadian untuk untuk mengawal kebakaran akibat letupan itu.



Menurut laporan Reuters, Jepun telah menakluki Indonesia, yang dahulunya dikenali sebagai Dutch East Indies, dari 1942 hingga 1945, semasa WW2. -Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >