Letupan misteri gegar masjid di Jember, Jawa Timur ketika solat tarawih

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Letupan misteri gegar masjid di Jember, Jawa Timur ketika solat tarawih

Mar 18, 2026 | 2:03 PM

Letupan misteri gegar masjid di Jember, Jawa Timur ketika solat tarawih

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
letupan misteri, jember, jawa timur, tarawih
Anggota Briged Mobil Polis Jawa Timur berkawal di sebuah masjid susulan letupan di Jember, Jawa Timur, pada 17 Mac 2026. - Foto ZUMROTUN SOLICHAH

JEMBER: Sebuah letupan misteri berlaku di sebuah masjid di kawasan perumahan di Jember, Jawa Timur, ketika solat tarawih pada malam 16 Mac, mencetuskan panik dalam kalangan jemaah dan penduduk setempat.

Tiada kematian dilaporkan, namun letupan itu menyebabkan kerosakan pada bahagian masjid, termasuk siling dan rak simpanan, selain mencederakan seorang jemaah yang mengalami gangguan pendengaran.

Penjaga masjid, Encik Muhammad Fadil, berkata letupan kuat itu berlaku sekitar 7.30 malam dan turut didengari di kawasan kampung berhampiran. “Bunyi letupan sangat kuat dan menyebabkan jemaah bergegas keluar dari masjid,” katanya.

Insiden itu berlaku di Masjid Raya Pesona, yang terletak di kawasan Perumahan Pesona Regency, daerah Patrang, ketika jemaah sedang menunaikan solat tarawih.

Seorang jemaah dilaporkan dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Daerah dr Soebandi selepas mengalami masalah pendengaran akibat letupan tersebut.

Pasukan Siasatan Jenayah Polis Jember berkata pihaknya segera ke lokasi selepas menerima laporan daripada orang awam. “Kami telah mengawal kawasan dan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca letupan,” katanya.

Polis turut memasang garisan keselamatan di sekitar lokasi dan menggesa orang ramai supaya menjauhi kawasan tersebut sementara siasatan dijalankan.

Unit pemusnah bom (Jibom) serta pasukan forensik turut dikerahkan ke lokasi bagi membantu siasatan.
“Kami masih belum dapat menentukan punca sebenar dan proses siasatan masih berjalan,” tambahnya.

Ketua Polis Jawa Timur, Inspektor Jeneral Nanang Avianto, memaklumkan bahawa pihak berkuasa menemui beberapa bahan kimia di lokasi kejadian, sekali gus memerlukan siasatan dilakukan dengan lebih teliti. “Kami perlu berhati-hati dan tidak tergesa-gesa kerana terdapat kemungkinan melibatkan bahan kimia. Pengumpulan bukti memerlukan peralatan khas,” katanya dalam sidang media.

Menurut beliau, siasatan sedang dijalankan oleh pasukan gabungan melibatkan unit Jibom, makmal forensik dan pasukan siasatan jenayah.

Walaupun tiada korban jiwa, pihak berkuasa menegaskan siasatan akan diteruskan secara menyeluruh bagi memastikan punca sebenar dikenal pasti. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg