Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Letusan besar Gunung Agung 'semakin hampir'

Zon bahaya diperluas, letupan dijangka tak sebesar 1963
Nov 28, 2017 | 05:30 AM



KARANGASEM (Bali): Letusan besar Gunung Berapi Agung di Bali mungkin berlaku tidak lama lagi, para pegawai memberi amaran semalam, apabila mereka meningkatkan paras amaran kepada peringkat tertinggi dan meluaskan zon bahaya.



Lapangan Terbang Ngurah Rai di Bali ditutup dari semalam hingga pagi ini, manakala di pulau jiran Lombok, lapangan terbang antarabangsanya memulakan semula penerbangan pagi semalam selepas ditutup kelmarin disebabkan awan abu.



Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), Dr Sutopo Purwo Nugroho, berkata dalam satu kenyataan semalam bahawa sifat letusan gunung itu telah berubah, dengan ia sekarang memuntahkan lahar, iaitu batu lebur, atau magma.



Pada Ahad malam, cahaya berwarna oren kelihatan terang di puncak gunung itu dan gegaran juga semakin bertambah, menandakan bahawa letusan berpotensi lebih besar sangat hampir berlaku, katanya.



Gunung berapi itu, yang terletak kira-kira 75 kilometer dari pusat pelancongan Kuta, mula memuntah lahar Sabtu lalu dan terus meletuskan abu, sedang bunyi letupan boleh didengar sekejap-sekejap hingga sejauh 12 kilometer.



BNPB mengeluarkan amaran tahap empat itu, yang paling tinggi, pada 6 pagi semalam. Penduduk telah diberitahu supaya pindah dari zon bahaya, yang telah diperluas kepada antara lapan hingga 10 kilometer, daripada enam hingga 7.5 kilometer.



Dr Sutopo memberi amaran tentang risiko gas panas dan aliran lahar, sambil menarik perhatian tentang permulaan musim tengkujuh. Aliran lahar ialah jenis aliran lumpur atau aliran serpihan yang terdiri daripada campuran bahan gunung berapi dan air. Lahar biasanya mengalir di sepanjang lembah sungai.



"Zon bahaya dinamik dan berada di bawah penilaian konsisten, dan boleh berubah pada bila-bila masa bergantung pada data pemerhatian paling sebenar," kata Dr Sutopo.



Gunung Agung bergemuruh sejak September, memaksa puluhan ribu orang melarikan diri ke tempat perlindungan. Ia memulakan satu siri letusan ringan, yang dipanggil letusan freatik, Selasa lalu.



Kira-kira 25,000 orang yang tinggal dekat gunung itu telah meninggalkan rumah mereka dan dipindahkan sejak ia mula mengeluarkan asap Selasa lalu. Para pegawai telah mengedarkan ribuan pelitup kepada penduduk tempatan.



"Letusan, gegaran terus berlanjutan hingga sekarang. Lahar sedang memenuhi kawah, dan akan melimpah keluar bila-bila masa dan mengalir ke bawah cerun," kata Dr Sutopo kepada pemberita pada satu sidang akhbar semalam.



Letusan besar terakhir gunung berapi itu berlaku pada 1963, membunuh lebih 1,500 orang.



Bagaimanapun, Dr Sutopo mengatakan letusan besar yang dijangka kali ini tidak akan sebesar pada 1963.



"Letusan besar yang akan berlaku tidak akan sama besarnya pada 1963, berdasarkan analisis keadaan magma, sejauh mana abu bergerak di atas kawah," katanya.



"Pada 1963, abu yang dimuntahkan menjulang hingga 20 kilometer tinggi, manakala kali ini hanya 3.5 - 4 kilometer (di atas kawah)," ujar beliau.



Gunung Agung salah satu daripada lebih 120 gunung berapi aktif yang berada di sepanjang Indonesia, yang merintangi Lingkaran Api Pasifik, merujuk kepada kawasan sepanjang 40,000 kilometer yang mengelilingi Lautan Pasifik.



Kawasan ini juga sering disebut sebagai plat gempa Pasifik. Hampir 90 peratus gempa bumi dan 81 peratus gempa bumi terbesar terjadi di sepanjang kawasan itu. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >