SELAT KARIMATA: Pasukan penyelam Tentera Indonesia berjaya mengangkat lima serpihan pesawat AirAsia QZ8501 dari Laut Jawa termasuk dua tingkap pesawat bercat merah, 10 pagi semalam.
"Setiap penyelam cuba membawa naik apa yang mereka mampu angkat dari bawah. Terdapat tingkap bernombor C58, lampu, gear pesawat, handlebar dan beberapa objek lain," kata Laksamana Muda Widodo, Panglima kapal KRI Banda Aceh yang berada di perairan Karimata, Kalimantan Tengah.