Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Limpahan jutaan jemaah di Masjid Nabawi, Masjidil Haram di penghujung Ramadan

Lebih 20 juta jemaah kunjungi Masjid Nabawi di 20 hari terakhir Ramadan; 2.5 juta berhimpun di Masjidil Haram mencari Lailatul Qadr
Apr 08, 2024 | 12:52 PM



MADINAH:  Kepresidenan Hal Ehwal Agama di Masjid al-Haram dan Masjid Nabawi sedang melakukan persiapan menyambut kehadiran jutaan pengunjung pada malam ke-29 Ramadan, dikenali sebagai malam khatam bacaan al-Quran.


Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan persiapan meliputi pelbagai perkhidmatan termasuk bimbingan agama, sesi pembelajaran dan kawasan yang ditetapkan untuk menjawab pertanyaan.

Sejauh ini lebih 20 juta umat Islam mengunjungi Masjid Nabawi, tapak kedua paling suci Islam, di kota Madinah, pada 20 hari pertama bulan suci Ramadan dan lebih 2.5 juta jemaah berhimpun memenuhi saf di Masjidil Haram dan melimpah keluar hingga lebih satu hingga dua kilometer (km), memenuhi hampir segenap ruang kota Makkah.

Terdahulu, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi melaporkan seramai lapan juta jemaah menunaikan umrah pada dua minggu pertama Ramadan.

Foto Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menunjukkan suasana pada malam ke-27 Ramadan di Makkah (6 April di Singapura), di mana hampir keseluruhan Tanah Haram dipenuhi jemaah yang menunaikan solat.


Laman YouTube MiddleEastEye pula melaporkan seramai 2.5 juta jemaah dianggarkan berada di Masjidil Haram dan kawasan sekitarnya pada malam berkenaan.

Keadaan sama turut dirakamkan di kota Madinah, terutamanya di sekitar Masjid Nabawi, yang menyaksikan limpahan jemaah memenuhi masjid dan pekarangannya, sehingga turut memenuhi kawasan sekitarnya.

Seramai 655,227 jemaah, termasuk 296,595 wanita, menunaikan solat di Raudhah, makam Rasulullah saw, yang terletak dalam bangunan masjid itu, dalam tempoh yang sama, lapor agensi berita Saudi SPA.


Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Ehwal Masjid Nabawi, sebuah agensi negara, terus menyediakan rangkaian perkhidmatan bersepadu di tempat itu, untuk memastikan keselesaan jemaah yang bilangannya semakin meningkat, pada hari-hari terakhir Ramadan, yang dijangka berakhir pada 9 April.


Para jemaah berbondong-bondong ke masjid pada Jumaat untuk menunaikan solat berjemaah pada hari Jumaat terakhir bulan Ramadan.

Di masjid itu, yang halaman dan bahagian bumbungnya telah dirapikan lebih awal, menerima jemaah menunaikan solat dalam suasana tenang dan syahdu, kata SPA.


Bulan Ramadan biasanya menandakan musim puncak umrah di Masjidil Haram.

Selepas menunaikan umrah, ramai jemaah akan menuju ke Madinah untuk menunaikan solat di Masjid Nabawi dan melawat mercu tanda Islam lain di bandar itu.


Lebih 280 juta umat Islam mengerjakan solat di Masjid Nabawi sepanjang 2023, menurut angka rasmi yang dipetik oleh Gulf News.


Pihak berkuasa Arab Saudi yang bertanggungjawab ke atas kedua-dua masjid itu, telah meningkatkan usaha untuk menerima lebih ramai jemaah menghadiri majlis khatam Quran ketika bulan suci Ramadan semakin hampir tamat.


Antara perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan termasuk sesi bimbingan, kaunseling, khutbah dan tilawah Al-Quran, bertujuan memberi suasana ketenangan dan kerohanian kepada jemaah.


Lebih dua juta jemaah dilaporkan memenuhi Masjidil Haram dan halaman luarnya pada malam 27 Ramadan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >