Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lintasan trak baru dibuka di Gaza untuk percepat bantuan

Dec 13, 2023 | 05:30 PM



ISMAILIA (Mesir): Konvoi 80 trak bantuan kemanusiaan untuk Gaza kini boleh dihantar menerusi pusat pemeriksaan yang baru dibuka di lintasan Kerem Shalom pada 12 Disember.


Pembukaan lintasan baru itu dijangka dapat mempercepatkan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza yang dilanda masalah kekurangan makanan dan bahan-bahan asas, kata seorang pegawai Bulan Sabit Merah.

Sejak penghantaran bantuan bermula pada 20 Oktober, bekalan yang memasuki Gaza dari Mesir terpaksa berpusing ke Rafah untuk diperiksa di persimpangan Al-Awja-Nitzana di sempadan Mesir dengan Israel, satu proses yang menyebabkan kesesakan dan kelewatan.

Penggunaan lintasan Kerem Shalom, yang terletak di sempadan antara Israel, Gaza dan Mesir kira-kira 3 kilometer dari Rafah, sepatutnya membolehkan pemprosesan lebih banyak trak, termasuk beberapa yang akan datang dari Jordan buat kali pertama sejak permulaan perang di Gaza, kata pegawai bantuan kemanusiaan itu lagi.

Ketika keadaan kemanusiaan semakin terdesak di Gaza, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mendesak Israel supaya membenarkan trak memasuki kawasan itu terus dari Kerem Shalom, dengan menyatakan ini akan membuat perbezaan yang lebih besar.

Israel, yang bimbang bekalan boleh memberi manfaat kepada Hamas, setakat ini menolak langkah sedemikian, kata diplomat.

Trak yang melintasi Kerem Shalom pada 12 Disember termasuk ubat-ubatan, bekalan perubatan, makanan, air minuman dan susu formula bayi, kata Encik Khaled Zayed, ketua Bulan Sabit Merah cawangan Utara Sinai.

Sebanyak 100 trak lagi dihantar ke persimpangan Al-Awja-Nitzana di Rafah, kata Encik Zayed.

Sejak gencatan senjata berakhir pada 1 Disember, bilangan trak bantuan yang memasuki Gaza setiap hari telah merosot kepada kira-kira 100.

Sebelum perang, kira-kira 500 trak memasuki wilayah itu setiap hari.

Pengagihan bantuan di Gaza merosot dengan banyaknya disebabkan masalah kekurangan trak dan bahan api, pemadaman telekomunikasi, dan operasi ketenteraan Israel yang berterusan. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >