Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Loji nuklear Ukraine hadapi serangan godam besar

Russia guna penggodaman bagi sokong serangan darat tenteranya
Aug 18, 2022 | 05:30 AM



KYIV: Agensi tenaga Ukraine bertanggungjawab bagi pengawasan dan operasi selamat loji tenaga nuklear negara itu mendakwa bahawa penggodam Russia telah melancarkan usaha menggodam besar di laman web rasminya.



Namun serangan itu kelihatan gagal, dan tiada petunjuk bahawa ia mengancam mengganggu grid kuasa Ukraine atau pengawasan syarikat terhadap 15 reaktor nuklear beroperasi negara itu.



Agensi itu, Energoatom, berkata kelmarin ia berupaya menangani serangan tersebut daripada dilihat pengguna laman web itu.



Namun, ia adalah satu peringatan mengenai ancaman digital yang ditimbulkan terhadap infrastruktur tenaga kuasa di Ukraine, di mana serangan ke atas loji kuasa nuklear Zaporizhzhia mencetuskan kecemasan global baru-baru ini.



Grid kuasa Ukraine dimatikan dua kali sebelum ini, pada 2015 dan 2016, menyebabkan bekalan tenaga terputus secara meluas, dan usaha Russia untuk menyerang laman Energoatom sedang diawasi dengan teliti sekiranya ia menandakan satu serangan lebih besar akan dijalankan.



Serangan siber berskala besar - misalnya memusnahkan grid kuasa Ukraine atau perkhidmatan selular - yang dikhuatiri pegawai perisikan Barat akan menyusuli pencerobohan Russia ke atas Ukraine pada Februari lalu tidak menjadi kenyataan.



Namun, Russia menggunakan serangan penggodaman untuk menyokong serangan daratnya, memadankan perisian hasad (malware) dengan peluru berpandu dalam beberapa serangan, termasuk di ke atas stesen televisyen dan agensi pemerintah, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Microsoft pada April.



Russia sebelum ini menolak tuduhan Amerika Syarikat dengan kedutaannya di Washington mengatakan Moscow tidak terbabit dalam serangan siber ke atas Ukraine.



Pegawai Ukraine berkata pada musim bunga ini mereka telah menggagalkan satu serangan siber ke atas grid kuasa Ukraine yang boleh menyebabkan bekalan tenaga kepada dua juta orang terputus, menimbulkan kebimbangan bahawa Russia terus menjalankan serangan sibernya bagi memajukan kempen ketenteraannya.



Serangan harian ke atas kompleks Zaporizhzhia - loji jana kuasa nuklear terbesar di Eropah - mencetuskan kebimbangan antarabangsa.



Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menawarkan bantuan untuk menghantar pemeriksa nuklear ke tapak itu, yang diduduki oleh tentera Russia tetapi dikendalikan oleh pekerja Ukraine, jika kedua-dua pihak bersetuju.



Masih tidak jelas siapa harus dipersalahkan bagi serangan itu. Ukraine menuduh Russia mengarahkan mogok dalam kalangan pekerja untuk memutuskan bekalan tenaga ke bandar-bandar lain, manakala Russia berkata Ukraine bertanggungjawab terhadap serangan itu.



Kelmarin, Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, dan Presiden Volodymyr Zelensky dari Ukraine, bercakap melalui telefon mengenai ancaman keselamatan di loji Zaporizhzhia.



Menurut kenyataan pejabat Encik Macron, beliau menekankan kebimbangannya mengenai "kesan pertempuran berterusan ke atas keselamatan kemudahan nuklear Ukraine" dan menggesa pengunduran tentera Russia dari Ukraine. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >