Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

London mula alami gelombang haba

Jun 14, 2023 | 01:18 PM



LONDON: Suhu maksimum di beberapa wilayah Britain mencapai paras gelombang haba, menurut pejabat perkhidmatan kaji cuaca kebangsaan Britain.


“Ciri-ciri gelombang haba sudah ketara secara meluas di Britain dan suhu tinggi yang sedang kami alami sekarang akan berterusan hingga minggu hadapan,” kata pejabat perkhidmatan kaji cuaca itu.

Gelombang haba terjadi apabila suhu maksimum berterusan selama tiga hari berturut-turut, setara atau melebihi paras maksimum harian jangka panjang, menurut ramalan dalam laman web perkhidmatan itu.

Di London, paras suhu itu adalah 28 darjah Celcius dan walaupun suhu akan turun, suhu kemuncaknya ditetapkan pada 25 darjah Celcius ke atas, setiap hari hingga sekurang-kurangnya pada Isnin depan.

Eropah juga akan mengalami satu lagi musim panas yang ekstrem dan keadaan cuaca kering, apabila perubahan iklim semakin buruk.

Pada 2022, kemarau paling buruk dan gelombang haba yang dahsyat mengakibatkan air sungai kering, kebakaran hutan dan menjejas pengangkutan. Semua ini mempengaruhi harga bekalan tenaga dan komoditi.

Cuaca panas mungkin memicu permintaan tenaga untuk mewujudkan suasana dingin dalam bangunan.

Menjangka meningkatnya penggunaan tenaga, pengurus bekalan elektrik Britain meminta operator sebuah janakuasa supaya menambah unit tenaga daripada arang batu, bagi menstabilkan bekalan gara-gara berkurangnya penyediaan bekalan melalui kuasa angin.

Cuaca panas berterusan di Britain juga menyebabkan amaran kesihatan dilanjutkan hingga 19 Jun di serata Britain.

Agensi Keselamatan Kesihatan negara itu telah mengeluarkan isyarat amaran kuning, menandakan cuaca panas akan “meninggalkan kesan ketara” terhadap kesihatan orang ramai.

Pada hujung minggu, suhu dijangka mencecah 32.2 darjah Celcius di Chertsey dekat London, menjadikan Sabtu ini paling panas dalam setahun di England sejauh ini.

Pada Selasa, suhu mencecah lima darjah Celcius lebih tinggi di London, berbanding di Madrid.

Sementara semenanjung Liberia mengalami keadaan cuaca sederhana baru-baru ini, di Seville, selatan Sepanyol, suhu setingga 45 darjah Celcius dijangka pada Jun ini, menurut data yang dikumpulkan oleh agensi berita, Bloomberg. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >