Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

LTA: SMS minta lunas bayaran jalan raya tertunggak satu penipuan

Sep 6, 2024 | 5:00 PM
Dalam satu hantaran di Facebook, LTA menyatakan bahawa penipuan pancingan data melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai bayaran berkaitan jalan raya kini muncul semula. 
Dalam satu hantaran di Facebook, LTA menyatakan bahawa penipuan pancingan data melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai bayaran berkaitan jalan raya kini muncul semula.  - Foto FACEBOOK LTA

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada 6 September memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak terpedaya dengan penipuan pancingan data melibatkan bayaran berkaitan jalan raya dan kenderaan.

Dalam satu hantaran Facebook, LTA menyatakan bahawa penipuan pancingan data melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai bayaran berkaitan jalan raya, kini muncul semula.

SMS tersebut meminta penerima klik pautan yang diberikan untuk melunaskan “bayaran jalan raya” yang tertunggak bagi kenderaan mereka.

SMS tersebut menyatakan bayaran itu dikenakan disebabkan “satu kesilapan maklumat” dan perlu “dibayar secepat mungkin”.

“Mesej ini tidak dihantar oleh kami,” kata LTA.

Menurut LTA, ia tidak akan menghantar sebarang SMS kepada orang ramai yang meminta mereka membuat pembayaran melalui satu pautan.

Semua SMS daripada LTA kini dihantar daripada satu identiti (ID) Penghantar SMS tunggal baru – gov.sg, tambahnya.

LTA mengingatkan orang ramai supaya tidak klik pautan yang disediakan dalam mesej dan e-mel yang tidak diminta, dan tidak mendedahkan maklumat peribadi mereka atau kata laluan sekali guna (OTP) kepada sesiapa.

Orang ramai juga harus sentiasa mengesahkan kesahihan maklumat dengan pihak berkuasa yang berkaitan, dan melaporkan sebarang transaksi penipuan kepada pihak bank dan polis.

Pemerintah telah memperkenalkan ID Penghantar SMS tunggal, gov.sg, yang digunakan semua agensi pemerintah.

Langkah yang dilaksanakan sejak 1 Julai itu bertujuan memudahkan orang ramai mengenal pasti komunikasi pemerintah yang sahih yang dihantar melalui SMS, dan melindungi diri mereka daripada penipuan penyamaran pegawai pemerintah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg