Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS lulus bantuan ketenteraan $374 juta pada Ukraine

Jul 23, 2022 | 09:01 PM



WASHINGTON: Amerika Syarikat meluluskan bantuan ketenteraan sebanyak AS$270 juta ($374 juta) kepada Ukraine termasuk empat Sistem Roket Meriam Mobiliti Tinggi (Himars) baru.


Jurucakap Rumah Putih, Encik John Kirby, berkata Russia melancarkan serangan maut terhadap pusat beli belah, bangunan kediaman, membunuh orang awam di Ukraine.


“Dalam berdepan kekejaman ini, Presiden (Joe Biden) amat jelas bahawa kami akan terus menyokong pemerintah Ukraine dan rakyatnya selama yang diperlukan,” katanya.


Kyiv menyifatkan Himars yang boleh menyasarkan serangan dalam lingkungan 80 kilometer sebagai membawa perubahan dalam menentang Russia.


Pentagon pula yang memperincikan bantuan itu memaklumkan bahawa Ukraine bakal menerima sejumlah 580 dron mudah alih dikenali Phoenix Ghosts, yang mampu melancarkan serangan ke atas sasarannya.


Bantuan itu termasuk 36,000 peluru dan empat kenderaan perisai yang boleh berfungsi sebagai pusat operasi di medan perang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >