Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS lulus bantuan ketenteraan AS$270j pada Ukraine

Jul 24, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) meluluskan bantuan ketenteraan sebanyak AS$270 juta ($374 juta) kepada Ukraine termasuk empat Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi (Himars) baharu.



Jurucakap Rumah Putih, Encik John Kirby, berkata Russia melancarkan serangan maut terhadap pusat beli belah, bangunan kediaman, membunuh orang awam di Ukraine.



"Dalam berdepan kekejaman ini, Presiden (Joe Biden) amat jelas bahawa kami akan terus menyokong kerajaan Ukraine dan rakyatnya selama yang diperlukan," katanya.



Kyiv menyifatkan Himars yang boleh menyasarkan serangan dalam lingkungan 80 kilometer sebagai perubahan dalam menentang Russia.



Pentagon pula yang memperincikan bantuan itu memaklumkan, Ukraine bakal menerima sejumlah 580 dron mudah alih dikenali Phoenix Ghosts, yang mampu melancarkan serangan ke atas sasarannya.



Bantuan itu termasuk 36,000 peluru dan empat kenderaan perisai yang boleh berfungsi sebagai pusat operasi di medan perang.



Lebih separuh bantuan yang disalurkan adalah daripada pakej bernilai AS$40 bilion diluluskan kongres kepada Ukraine pada Mei lalu.



Menteri Pertahanan Ukraine, Encik Oleksiy Reznikov, awal minggu ini menyuarakan harapan supaya AS dapat membekalkan sebanyak 100 unit Himars supaya mereka dapat mengubah peperangan dalam melawan pencerobohan Russia.



Dalam pada itu, seorang pegawai kanan Pertahanan AS, menafikan dakwaan kononnya Russia berjaya memusnahkan empat unit Himars.



Sebaliknya, pegawai terbabit berkata, Russia cuba menyesuaikan diri dengan realiti perang saraf dalam menentang Himars, termasuk menggunakan teknik penyamaran.



Pegawai itu turut berkata, Himars kini menghantui Russia di Ukraine.



Sementara itu, penasihat keselamatan kepada Presiden AS, Encik Jake Sullivan, berkata Encik Biden mengehadkan penghantaran roket jarak jauh kerana bimbang Ukraine melancarkan serangan ke dalam wilayah Russia, sekali gus mendorong AS ke dalam kancah peperangan.



"Biden percaya kunci utama AS adalah melakukan apa yang perlu untuk menyokong dan mempertahankan Ukraine dan memastikan kita tidak terjerumus ke dalam perang dunia ketiga," katanya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >