PARIS: Terasing dalam Istana Elysee, Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, mencari satu 'mukjizat', sedang rakyat Perancis yang dalam kemarahan menunggu apakah beliau menemui 'mukjizat' itu.
Presiden Perancis itu berucap kepada negara pada 10 Disember lalu, setelah sekian lama mendiamkan diri di tengah-tengah bantahan penunjuk perasaan yang digelar Les gilets jaunes atau ves kuning kerana ves berwarna kuning terang yang mereka pakai sebagai lambang bantahan mereka.