Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Maghribi setuju jalin semula hubungan diplomatik dengan Israel

Dec 12, 2020 | 05:30 AM



RABAT: Maghribi menjadi negara terkini dalam Liga Arab yang bersetuju untuk kembali menjalin semula hubungan diplomatik dengan Israel yang dibantu Amerika Syarikat.



Sebagai sebahagian daripada perjanjian ini, Amerika bersetuju untuk mengiktiraf tuntutan Maghribi ke atas rantau Barat Sahara yang menjadi pertikaian.



Ia merupakan pertikaian antara Maghribi dan Barisan Polisario yang disokong Algeria, yang telah berusaha mencapai kemerdekaan.



Maghribi adalah negara keempat untuk menjalin hubungan diplomatik dengan Israel sejak Ogos lalu.



Perjanjian serupa telah dicapai baru-baru ini dengan Amiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Sudan.



Selain Mesir dan Jordan, Maghribi menjadi negara anggota Liga Arab untuk berhubung baik dengan negara Yahudi itu.



Presiden Amerika, Encik Donald Trump mengumumkan persetujuan dua negara itu di Twitter kelmarin.



"Satu lagi pencapaian bersejarah hari ini! Dua sahabat baik Israel dan Kerajaan Maghribi telah bersetuju menjalin hubungan diplomatik sepenuhnya - satu pencapaian besar untuk keamanan di Timur Tengah!," tulisnya.



Rumah Putih berkata, Encik Trump dan Raja Mohammed VI dari Maghribi bersetuju untuk Maghribi "kembali menjalin hubungan diplomatik antara Maghribi dan Israel dan meluaskan kerjasama ekonomi dan budaya untuk melanjutkan kestabilan serantau".



Perjanjian ini termasuk membuka pejabat pengurusan di Tel Aviv dan Rabat dan akhirnya membuka semula kedutaan masing-masing di kedua-dua negara ini.



Ia sebelum ini ditutup pada 2000 apabila hubungan peringkat rendah antara kedua-dua negara terputus selepas berlakunya kebangkitan melawan penjajahan Israel ke atas Palestin, yang terus berlaku sehingga hari ini.



Pegawai dari Maghribi berkata, negara itu akan membenarkan penerbangan langsung ke dan dari Israel untuk semua rakyat negara berkenaan.



Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, menyifatkan perjanjian itu sebagai "bersejarah".



Dalam ucapan yang disiarkan di televisyen, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Raja Maghribi dan berkata rakyat Israel dan Maghribi punya "hubungan mesra dalam waktu moden ini".



Di Maghribi, kenyataan istana mengesahkan perjanjian itu menyatakan bahawa raja, dalam satu panggilan telefon dengan Encik Trump, telah bersetuju untuk menjalin hubungan diplomatik dengan Israel "dengan penangguhan minimum".



Mesir, UAE dan Bahrain mengeluarkan kenyataan mengalu-alukan perjanjian antara Maghribi dan Israel.



Pegawai Palestin mengutuk perjanjian itu, menyatakan ia menggalak Israel menafikan hak mereka.



Rakyat Palestin mengecam semua perjanjian antara Israel dan negara-negara Liga Arab.



Mereka percaya, langkah itu memungkiri perjanjian oleh negara-negara Arab untuk tidak menjalin hubungan dengan negara Yahudi itu sehingga kemerdekaan Palestin dicapai.



Raja Maghribi berkata "langkah itu tidak sedikit pun menjejas usaha berterusan dan iltizam Maghribi dalam menuntut keadilan buat Palestin," titahnya dalam kenyataan diraja.



Kenyataan itu menambah, Raja Maghribi telah bercakap dengan Presiden Penguasa Palestin, Encik Mahmoud Abbas, dan memberi jaminan kepadanya bahawa beliau "tidak akan melepaskan peranannya dalam mempertahankan hak yang sah rakyat Palestin"



Ia juga menyatakan bahawa Raja Maghribi mengulangi sokongannya terhadap huraian dua negara. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >