Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Maharaja Akihito mula upacara turun takhta

Apr 30, 2019 | 02:03 PM



TOKYO: Maharaja Akihito dilaporkan mengunjungi kuil Shinto di Istana Imperial, sebentar tadi, bagi menghadiri upacara keagamaan sempena majlis turun takhta pemerintahannya, sebagai Maharaja Jepun selama tiga dekad.



Akihito, 85, adalah anggota monarki Jepun yang pertama melepaskan takhta diraja dalam tempoh dua abad.



Isterinya, Maharani Michiko adalah rakyat biasa pertama yang mengahwini putera mahkota dan pasangan itu sudah berkahwin selama 60 tahun.



Pasangan itu terkenal sebagai simbol kedamaian, keamanan dan demokrasi.



“Saya rasa maharaja (Akihito) amat disayangi oleh rakyat. Kehadiran beliau ketika bencana amat menyentuh hati rakyat, selain dilihat amat rapat dengan rakyat.



“Saya harap maharaja selepas ini, seperti maharaja era Heisei juga melakukan perkara yang sama,” kata Morio Miyamoto, 48, ketika ditemui di sebuah stesen kereta api di barat Tokyo.



Pada 2016, Akihito ketika menyampaikan ucapan secara langsung menerusi televisyen, menyatakan kebimbangannya mengenai faktor usia akan menyukarkan beliau untuk menunaikan tugasnya sebagai maharaja.



Akihito pernah menjalani rawatan bagi merawat kanser prostat, selain menjalani rawatan jantung.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >