Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Mahathir boleh tebus kesilapan lama dengan sokong PAS’

Jul 22, 2023 | 10:21 AM
KINI SOKONG PAS: Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad berucap di acara Malam Munajat Pakat Pertahan PAS, di Kota Bharu, Kelantan.
KINI SOKONG PAS: Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad berucap di acara Malam Munajat Pakat Pertahan PAS, di Kota Bharu, Kelantan. - Foto FACEBOOK PAS

KOTA BHARU: Naib Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Mohd Amar Abdullah berkata tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad memberi sokongan kepada Perikatan Nasional menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) boleh ‘membersihkan kesilapan’ lalu mantan perdana menteri itu.

Menambah, Datuk Amar berkata setiap orang perlu diberi peluang untuk berubah dan memberi sumbangan, semasa menggesa penyokong PAS menyambut baik kehadiran Dr Mahathir. 

“Semua orang ada sejarah. Kalau diambil dalam sejarah Islam, ramai orang yang masuk Islam ada masalah sebelum (peluk) Islam, lawan nabi.

“Tapi selepas pembukaan Kota Makkah, Abu Sufian masuk islam, Wahsyi masuk Islam, (sebelum masuk Islam) dia bunuh bapa saudara nabi, Hamzah Abu Mutalib,” katanya kepada media selepas program Munajat Rakyat dan Pakat Pertahan PAS Kelantan di Kota Bharu, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemunculan kali pertama Dr Mahathir – pemimpin yang mempunyai sejarah berseteru dengan PAS sepanjang kerjaya politiknya – di pentas ceramah PAS pada Jumaat.

RIBUAN PENONTON: Stadium Sultan Mohammad IV di Kota Bharu, Kelantan dipenuhi orang semasa mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi ucapan.
RIBUAN PENONTON: Stadium Sultan Mohammad IV di Kota Bharu, Kelantan dipenuhi orang semasa mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi ucapan. - Foto FACEBOOK PAS

Semasa berucap kepada ribuan penyokong PN di Stadium Sultan Muhammad IV, Dr Mahathir menggesa pengundi memberi sokongan kepada PN dalam PRN di enam negeri 12 Ogos nanti.

“Saya harap dapat sapu bersih. Kita semua orang Melayu, ramai yang berkata orang Melayu berpecah dan tak mungkin bersatu, tapi malam ini dapat lihat pemimpin parti-parti Melayu berkumpul di sini kerana nak memperjuangkan nasib dan masa depan negara.

“Tidak mudah kita nak serahkan kepada orang lain kerana kita juga ada kebolehan untuk mentadbir. Suatu masa dulu kita digelar ‘harimau Asia’, hari ini sudah jadi ‘kakistokrasi’,” katanya yang menyifatkan kerajaan perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai kerajaan kakistokrasi atau kerajaan dibentuk pemimpin yang paling tidak layak. 

Turut hadir pada program Malam Munajat Pakat Pertahan PAS Kelantan itu ialah pengerusi PN, Datuk Seri Muhyiddin Yassin, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan barisan kepimpinan PN peringkat pusat dan negeri.

Sementara itu Mohd Amar berkata semua pihak perlu menerima kehadiran Mahathir yang dilihat sudah berubah.

“Kerana dia sudah berubah kita terimalah, sejarah itu nak buat macam mana.

“Jadi kita harap dengan kemasukan bersama dengan kita ini dia boleh membersihkan kesilapan-kesilapannya yang lepas, kita harap begitu,” katanya lagi. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg