Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahathir keluar hospital lepas masuk dek Covid-19

Sep 05, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dibenarkan meninggalkan Institut Jantung Negara (IJN) pagi semalam setelah dimasukkan ekoran jangkitan Covid-19, kata pejabat beliau dalam satu kenyataan.



Tun Dr Mahathir, 97 tahun, yang berkhidmat lebih 20 tahun sebagai Perdana Menteri dan masih seorang ahli parlimen aktif, mempunyai sejarah masalah jantung.



Beliau pernah mengalami serangan jantung dan menjalani pembedahan.



Tun Dr Mahathir, yang dimasukkan ke IJN Rabu lalu lepas diuji positif Covid-19, akan dikuarantin di rumah hingga esok, ujar kenyataan itu.



Menurut komen awal beliau dan pegawai pemerintah, Tun Dr Mahathir sudah menerima sekurang-kurangnya tiga dos vaksin Covid-19 dan suntikan terakhir November 2021.



Seorang doktor terlatih, tokoh politik veteran itu menjalani prosedur perubatan elektif Januari lalu dan dimasukkan semula ke hospital akhir bulan itu.



IJN tidak menyatakan pada masa itu apakah prosedur yang beliau jalani. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >