Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mahathir, Muhyiddin bincang agenda satukan Melayu M’sia

Jul 5, 2023 | 6:38 PM
PROKLAMASI MELAYU: Tun Dr Mahathir Mohamad berbincang dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang proklamasi Melayu bagi memperjuangkan hak dan martabat Melayu di Malaysia.
PROKLAMASI MELAYU: Tun Dr Mahathir Mohamad berbincang dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang proklamasi Melayu bagi memperjuangkan hak dan martabat Melayu di Malaysia. - AFP

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad dan pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah mengadakan pertemuan untuk membincangkan agenda menyatukan masyarakat Melayu, kata Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Datuk Khairuddin, pengerusi sekretariat Proklamasi Melayu, berkata pertemuan yang berlangsung hampir dua jam antara kedua-dua pemimpin itu adalah bagi memastikan perjuangan bagi memartabatkan masyarakat Melayu harus diteruskan.

Beliau juga berkata bahawa kedua-dua pemimpin itu telah mengetepikan perbezaan pendirian politik antara mereka dan bersetuju untuk mempromosikan pergerakan Proklamasi Melayu.

“Sebenarnya, pergerakan Proklamasi Melayu ini akan juga memberi peluang kepada sesiapa jua orang Melayu yang ingin bersatu tidak kira apa jua pegangan politik mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau tidak menjelaskan dengan lanjut apakah yang telah dibincangkan oleh Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin.

Datuk Khairuddin turut mengatakan bahawa pergerakan Proklamasi Melayu tidak berlandaskan pendirian parti tetapi lebih kepada perjuangan dan semangat Melayu sahaja.

“Kami hanya ingin membincangkan dan menyelesaikan isu-isu Melayu berdasarkan hak kaum Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya, sambil menambah bahawa ia tidak akan membenarkan sebarang perbuatan melanggar hak kaum-kaum lain di negara ini, secara tidak berperlembagaan,” katanya.

”Saya mengalu-alukan kenyataan Dr Mahathir yang mengatakan bahawa beliau bersedia untuk bekerjasama dengan saya. Saya sedar bahawa perkembangan politik baru-baru ini telah meletakkan orang Melayu dan Islam di negara ini di satu kedudukan yang sulit,” kata Tan Sri Muhyiddin pula.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg