Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahathir sedia kembali sebagai PM M'sia

Sep 26, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan beliau sedia untuk kembali dilantik menjadi perdana menteri bagi kali ketiga, sekiranya terus menerima desakan dan tiada calon lain yang bersesuaian.



Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau sebenarnya mahu memilih untuk berehat dan hanya memainkan peranan sebagai penasihat.



Namun, katanya jika terus menerima desakan, beliau tidak keberatan untuk menjadi perdana menteri sekali lagi.



"Kalau desakan demi desakan datang, saya nak fikirkan tentang diri sendiri susah."Jadi kalau terus (ada) desakan dan tak ada orang lain (boleh dilantik sebagai Perdana Menteri), saya terima," katanya.



Jawapan spontan itu diberikan Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) ketika program 'Hard Talk with Dr Mahathir' di Pusat Konvensyen Bangi, yang turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook rasmi Pejuang.



Beliau bagaimanapun berkata, Pejuang tidak ditubuhkan untuk memenuhi agenda mengangkatnya semula sebagai perdana menteri.



"Saya tidak menubuhkan Pejuang untuk jadi perdana menteri kali ketiga. Itu bukan niat saya. Saya cuma nak tentukan dasar yang menolong orang Melayu dapat dilaksanakan oleh kerajaan yang prihatin, yang sayang kepada bangsa, negara dan agama," katanya pada program 'Hard Talk with Dr Mahathir' di Pusat Konvensyen Bangi, yang turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook rasmi Pejuang.



Bekas Perdana Menteri itu turut memaklumkan, sekiranya dilantik sekali lagi, berkemungkinan beliau tidak akan memegang jawatan itu dalam tempoh lama mengambil kira keadaan semasanya.



Bahkan, beliau turut memberi bayangan tidak tertumpu kepada jawatan berkenaan, sebaliknya hasratnya untuk berehat daripada arena politik dengan cuma memainkan peranan sebagai pakar rujuk dan memberikan nasihat berkaitan tadbir urus negara.



Dalam pada itu, beliau turut menegur kepincangan tadbir urus kerajaan hari ini, salah satunya disebabkan pemimpin yang tidak layak termasuk tidak mempunyai kelulusan tinggi dilantik sebagai menteri.



"Waktu saya mula terbabit dengan Umno, saya buat cadangan yang nak jadi calon mesti lulus sekolah standard tertentu, tetapi ramai marah sebab yang tidak ada kelulusan pun nak jadi calon.



"Tetapi (sekarang ini), yang tak ada kelulusan apa pun boleh jadi menteri," katanya yang kesal kerana trend semasa yang memperlihat calon popular dan meraih sokongan ramai, biasanya diangkat sebagai calon dalam pilihan raya. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >