Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahkamah Dunia perintah Israel henti tindakan genosid di Gaza

Majoriti panel 17 hakim dalam keputusannya bersetuju mengambil langkah segera, termasuk menghentikan tindakan ketenteraan Israel di Gaza.
Jan 26, 2024 | 09:40 PM



THE HAGUE: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 26 Januari memerintahkan Israel untuk mengambil semua langkah dalam kuasanya untuk mencegah pembunuhan beramai-ramai di Gaza, dalam keputusan yang sangat dinanti-nantikan selepas Afrika Selatan menuduh Israel melakukan genosid yang diketuai oleh negara tersebut di kawasan terkepung.


Mahkamah berkata Israel mesti memastikan tenteranya tidak melakukan pembunuhan beramai-ramai dan mengambil langkah untuk memperbaiki keadaan kemanusiaan. Ia memerintahkan Israel mengambil langkah untuk berhenti mengapi-apikan genosid secara terang-terangan dalam peperangan di Gaza.

“Israel perlu mengambil semua langkah dalam kuasanya untuk mencegah semua tindakan termaktub dalam skop Artikel II Konvensyen Genosid,” kata mahkamah.

Majoriti panel 17 hakim dalam keputusannya bersetuju mengambil langkah segera, merangkumi sebahagian besar daripada permintaan Afrika Selatan termasuk menghentikan tindakan ketenteraan Israel di Gaza.

Israel diarahkan untuk melaporkan kepada mahkamah dalam masa sebulan mengenai langkah-langkah yang diambil untuk mematuhi arahan tersebut.

Ketua Hakim Encik Joan Donoghue memberitahu perwakilan di The Hague bahawa operasi ketenteraan besar-besaran Israel melalui darat, udara dan laut telah menjadikan Gaza “tempat kematian dan berputus asa.”

Beliau menambah bahawa Mahkamah “amat sedar” tentang tahap tragedi manusia yang berlaku di rantau itu dan amat prihatin terhadap kehilangan nyawa dan penderitaan manusia yang berterusan.

Mahkamah juga memerintahkan Israel mengelak daripada melakukan sebarang tindakan termaktub di bawah konvensyen genosid, selain memastikan pasukannya tidak melakukan sebarang tindakan genosid di Gaza

Mahkamah dunia tidak menerima untuk menolak kes pembunuhan beramai-ramai yang diminta oleh Israel, katanya.

Korban orang awam, kemusnahan prasarana dan pemindahan berjuta-juta penduduk Gaza telah dilaporkan sejak kempen ketenteraan sebagai tindak balas Israel terhadap serangan kumpulan militan Hamas pada 7 Oktober lalu.

Afrika Selatan berhujah dua minggu lalu bahawa serangan udara dan darat Israel bertujuan untuk membawa “kemusnahan kepada penduduk” Gaza.

Sebagai tindak balas, Israel telah meminta ICJ, juga dipanggil Mahkamah Dunia, untuk menolak kes itu sepenuhnya dan mengatakan ia mempunyai hak untuk mempertahankan diri dan menyasarkan pejuang Hamas, bukan orang awam Palestin.

Seorang jurucakap pemerintah Israel pada 25 Januari menyatakan mereka mengharapkan mahkamah tertinggi PBB untuk “menolak tuduhan palsu dan tidak berasas ini”.

Keputusan tersebut tidak membincangkan tuduhan utama kes - sama ada genosid berlaku - tetapi memberi tumpuan kepada campur tangan yang mendesak yang diminta oleh Afrika Selatan.

Antara langkah-langkah yang diminta oleh Afrika Selatan adalah penangguhan segera terhadap operasi ketenteraan Israel, yang telah menghancurkan sebahagian besar kawasan terkepung itu dan membunuh lebih dari 26,000 orang, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza.

Keputusan ICJ mengikat dan tidak boleh dirayu. Namun mahkamah tersebut tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakannya.

Pada peringkat ini, ICJ hanya memutuskan sama ada untuk mengenakan perintah kecemasan ke atas Israel.

Keputusan mengenai sama ada Israel melakukan genosid di Gaza akan berada pada peringkat kedua prosedur ini dan kemungkinan akan mengambil masa beberapa tahun.

Hakim Donoghue menyatakan bahawa terdapat bukti yang mencukupi untuk pembunuhan beramai-ramai di kawasan terkepung Gaza dan tidak akan menolak kes terhadap Israel.

Afrika Selatan memfailkan tuntutan mahkamah terhadap Israel pada 29 Dis 2023, menuduhnya melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Afrika Selatan membentangkan dokumen setebal 84 muka surat kepada mahkamah, mengumpulkan bukti pembunuhan beribu-ribu rakyat Palestin di Gaza.

Israel melancarkan peperangan di Gaza selepas serangan merentasi sempadan pada 7 Oktober oleh militan Hamas. Pegawai Israel mengatakan 1,200 orang terbunuh, kebanyakannya warga awam, dan 240 diambil sebagai tawanan. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >