Topic followed successfully
Go to BHkuMahkamah Indonesia tolak saman terhadap menteri, cetus kritikan kumpulan hak asasi
Mahkamah Indonesia tolak saman terhadap menteri, cetus kritikan kumpulan hak asasi
Apr 23, 2026 | 2:34 PM
Mahkamah Indonesia tolak saman terhadap menteri, cetus kritikan kumpulan hak asasi
Seorang aktivis menampal beberapa poster, termasuk yang bertulis “akui rogol beramai-ramai 1998”, menjelang sidang media di pejabat Suruhanjaya Kebangsaan Mengenai Keganasan terhadap Wanita (Komnas Perempuan) di Jakarta pada 22 April 2026. - Foto AFP
JAKARTA: Mahkamah Tata Usaha Negara (PTUN) Jakarta menolak saman terhadap Menteri Kebudayaan Indonesia, Encik Fadli Zon, berhubung kenyataannya yang menafikan berlakunya rogol beramai-ramai semasa rusuhan 1998, sekali gus mencetuskan kritikan daripada kumpulan hak asasi manusia dan keluarga mangsa.
Dalam keputusan pada 21 April, panel hakim wanita memutuskan bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengadili kes tersebut dan mengisytiharkan tuntutan plaintif sebagai tidak dapat diterima.
Laporan berkaitan
Indonesia rancang terbit buku sejarah baru, timbul kebimbangan ketelusan naratif May 21, 2025 | 1:24 PM
Warisan Suharto kembali dipersoal ketika gelaran Wira Nasional diusulNov 10, 2025 | 5:30 AM

