Mahkamah kekal keputusan pecat Presiden Korea Selatan

SEOUL (Korean Selatan): Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye, dipecat hari ini selepas mahkamah tertinggi negara itu mengekalkan undi tidak percaya di Parlimen berhubung pelbagai skandal rasuah melibatkannya.

Tindakan Park "secara serius menjejaskan semangat demokrasi serta keluhuran undang-undang", kata Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan, Lee Jung-Mi. "Presiden Park Geun-hye sudah dipecat," katanya.

Park menjadi pemimpin pertama Korea Selatan yang dipilih secara sah yang dipaksa melepaskan jawatan.

Satu pilihan raya presiden akan diadakan dalam tempoh 60 hari, menurut perlembagaan negara itu. - Agensi