Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mahkamah sekat tamatkan status sementara lindungi warga Afghan di Amerika

Jul 15, 2025 | 1:31 PM
Tempoh pentadbiran bagi penamatan status perlindungan sementara untuk warga Afghanistan di Amerika Syarikat akan kekal sehingga 21 Julai.
Tempoh pentadbiran bagi penamatan status perlindungan sementara untuk warga Afghanistan di Amerika Syarikat akan kekal sehingga 21 Julai. - Foto: AFP

WASHINGTON: Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat, telah menghalang pentadbiran Trump daripada menghapuskan status perlindungan sementara terhadap ribuan rakyat Afghanistan di Amerika, menurut dokumen mahkamah yang diperolehi pada 14 Julai.

Penangguhan pentadbiran bagi penamatan status perlindungan sementara bagi warga Afghanistan itu akan kekal sehingga 21 Julai, kata Mahkamah Rayuan Amerika dalam perintah yang membenarkan permintaan daripada kumpulan advokasi imigresen, Casa.

Kumpulan itu telah memfailkan saman terhadap Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) Amerika untuk mencabar penamatan status perlindungan sementara untuk warga Afghanistan dan Cameroon yang diumumkan oleh pentadbiran Presiden Donald Trump pada April.

Casa telah memfailkan usul tergempar untuk penangguhan pada 14 Julai, apabila status perlindungan untuk warga Afghanistan dijadualkan ditamatkan.

Status perlindungan untuk orang Cameroon dijangka berakhir pada 4 Ogos, menurut dokumen mahkamah.

DHS tidak segera menjawab permintaan untuk komen.

Pda April, apabila pentadbiran Encik Trump mengumumkan langkah menamatkan perlindungan pengusiran sementara untuk beribu-ribu warga Afghanistan dan Cameroon, jabatan itu berkata keadaan di Afghanistan dan Cameroon tidak lagi layak untuk menikmati status dilindungi.

Pentadbiran Encik Trump mempunyai masa sehingga 16 Julai untuk bertindak balas.

Amerika telah memindahkan lebih 82,000 warga Afghanistan dari negara tersebut selepas pengambilalihan Taliban pada 2021, termasuk lebih 70,000 yang memasuki Amerika menerusi kemasukan sah untuk tempoh dua tahun.

Amerika dan pemberontak Taleban telah menandatangani perjanjian yang menyaksikan pengunduran penuh askar asing dari Afghanistan, khususnya askar Amerika dan sekutunya.

Perjanjian Amerika-Taleban itu ditandatangani di ibu kota Qatar, Doha, pada Julai 2024 oleh Duta Khas Amerika, Encik Zalmay Khalilzad, dengan Ketua Politik Taleban, Mullah Abdul Ghani Baradar, dengan Setiausaha Negara Amerika, Encik Mike Pompeo, menyaksikan acara penuh bersejarah itu.

Perjanjian itu dicapai selepas lebih 18 tahun perang saudara berlanjutan di Afghanistan yang membabitkan pasukan tentera asing.

Pengunduran penuh pasukan Amerika dan sekutu akan berlaku dalam masa 14 bulan selepas perjanjian itu, juga jika Taleban mematuhi komitmen mereka kepada perjanjian tersebut. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg