Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Prabowo disahkan menang secara rasmi jawatan Presiden Indonesia

Mar 21, 2024 | 8:31 AM
Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto (empat dari kiri) dan gandingannya, Encik Gibran Rakabuming Raka menerima lebih 96 juta undi atau kira-kira 58.6 peratus jumlah keseluruhan bagi jawatan presiden dan naib presiden Indonesia. 
Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto (empat dari kiri) dan gandingannya, Encik Gibran Rakabuming Raka menerima lebih 96 juta undi atau kira-kira 58.6 peratus jumlah keseluruhan bagi jawatan presiden dan naib presiden Indonesia.  - Foto Instagram Prabowo

Nota dari Jakarta

Ismira Lutfia Tisnadibrata

Encik Prabowo Subianto bersama pasangan regunya, Encik Gibran Rakabuming Raka diumumkan sebagai pemenang Pilihan Raya Presiden (Pilpres 2024) yang berlangsung pada 14 Februari lalu.

Encik Prabowo dipilih sebagai presiden negara demokrasi ketiga terbesar di dunia, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) sekali gus menewaskan dua pesaingnya yang kini berikrar untuk memfailkan aduan undang-undang mengenai undian it

Pengumuman itu dibuat Ketua KPU, Encik Hasim Asy’ari setelah keputusan akhir menunjukkan Menteri Pertahanan bersama Wali Kota Surakarta itu meraih lebih 96 juta undi untuk memenangi majoriti pusingan pertama dengan 58.6 peratus undi.

Dua pencabarnya iaitu Encik Anies Baswedan bersama pasangannya Encik Muhaimin Iskandar pula memperoleh hampir 41 juta undi atau 24.9 peratus daripada jumlah keseluruhan manakala Encik Ganjar Pranowo dan regunya Encik Mahfud MD  hanya menerima 27 juta undi atau lebih 16 peratus.

Encik Prabowo dan Encik Gibran yang juga anak sulung kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo sudah diisytihar menang bulan lalu selepas kiraan tidak rasmi menunjukkan mereka memenangi majoriti.

Keputusan akhir itu diumumkan selepas KPU selesai melakukan rekapitulasi suara peringkat nasional untuk Pilpres 2024.

Pasangan calon (Paslon), Prabowo-Gibran dilaporkan unggul di 36 provinsi dan Anies-Cak Imin menang di dua provinsi manakala undi tidak berpihak kepada Ganjar-Mahfud MD.

Sebelum ini, Encik Prabowo, 72 tahun, diramalkan secara meluas akan memenangi jawatan presiden dan beliau akan mengambil alih kepimpinan pada Oktober selepas tempoh peralihan.

Menurut pakar, popularitinya melonjak kerana semangat nasionalisnya dalam ucapan populis selain kelayakannya sebagai Menteri Pertahanan dan sokongan daripada Encik Joko Widodo, lebih dikenali sebagai Encik Jokowi.

Dalam pada itu, Encik Anies dan Encik Ganjar berikrar untuk mengemukakan aduan kepada Mahkamah Perlembagaan mengenai penyelewengan dan dakwaan penipuan ketika pilihan raya.

Tetapi pasukan peguam Encik Prabowo yakin keputusan itu tidak akan berjaya dicabar kerana majoriti dan margin kemenangannya yang besar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg