Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Majlis Keselamatan PBB dijangka undi tuntut akses bantuan ke Gaza

Dec 18, 2023 | 01:41 PM



NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bakal mengadakan undian seawal 18 Disember mengenai syor menuntut Israel dan Hamas membenarkan akses bantuan ke Jaluran Gaza melalui laluan darat, laut dan udara.


Ini di samping cadangan menubuhkan pusat pemantauan PBB bagi memastikan bantuan kemanusiaan benar-benar dihantar dan diterima rakyat Palestin yang kini menghadapi masalah kebuluran.

Draf resolusi Majlis Keselamatan bergantung pada rundingan akhir antara sekutu Israel dan kuasa veto majlis, Amerika Syarikat, dan Amiriah Arab Bersatu (UAE), yang telah merangka teks itu.

“Kami telah melibatkan diri secara kukuh dan telus sepanjang keseluruhan proses dalam usaha untuk mengetengahkan usul yang dapat diluluskan,” kata seorang pegawai Amerika, bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

“UAE tahu dengan tepat apa yang boleh lulus dan apa yang tidak... terpulang kepada mereka jika mereka mahu menyelesaikannya,” tambahnya.

Amerika mahu meredakan kata-kata yang digunakan mengenai pemberhentian permusuhan, tambah diplomat itu.

Teks draf itu, yang dilihat oleh agensi berita Reuters, pada masa ini “menyeru agar permusuhan dihentikan segera dan dikekalkan untuk membolehkan akses kemanusiaan yang selamat dan tanpa halangan”.


Pegawai PBB dan agensi bantuan memberi amaran tentang malapetaka kemanusiaan di Gaza – kebuluran dan penyakit berleluasa – dengan majoriti 2.3 juta penduduk Palestin diusir dari rumah mereka sepanjang konflik selama lebih dua bulan itu.

Resolusi majlis memerlukan sekurang-kurangnya sembilan undi menyokong dan tiada veto oleh Amerika, Perancis, China, Britain atau Russia.

Sebelum ini, Washington telah menggunakan kuasa vetonya dalam majlis 15 anggota untuk menolak gencatan senjata kemanusiaan segera antara Israel dengan militan Palestin di Gaza.

Perhimpunan Agung PBB yang dianggotai 193 anggota kemudiannya menuntut gencatan kemanusiaan pada minggu lalu dengan 153 negeri mengundi menyokong. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >