Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Majlis Keselamatan PBB temu bincang krisis Myanmar

Jan 28, 2022 | 05:30 AM



NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijadual bertemu wakil Kemboja, selaku Pengerusi Asean, hari ini bagi membincangkan situasi di Myanmar, setahun setelah rampasan kuasa yang menyaksikan pemimpin pemerintah awam Cik Aung San Suu Kyi digulingkan.



Menteri Luar Kemboja, Encik Prak Sokhonn, dijangka menghadiri rundingan tertutup dengan utusan khas PBB ke Myanmar, Dr Noeleen Heyzer, demikian menurut satu sumber memberitahu AFP.



Menteri berkenaan dijangka membentangkan laporan hasil lawatan kontroversi ke Myanmar pada awal Januari lalu oleh Perdana Menteri Kemboja, Encik Hun Sen, dalam lawatan pertama oleh seorang pemimpin luar sejak junta tentera berkuasa Februari tahun lalu.



Asean berbelah bagi dalam konflik di Myanmar dan perdebatan mengenainya berlegar kepada bagaimana blok rantau itu dapat membantu Myanmar keluar daripada krisis sekarang.



Pengkritik mendakwa lawatan Encik Hun Sen berisiko kerana ia umpama mengabsahkan junta.



Semasa lawatan itu, beliau tidak bertemu Cik Suu Kyi, yang ditahan selepas rampasan kuasa berlaku di negara itu dengan pemimpin itu kini berdepan tuduhan jenayah serta rasuah.



"Myanmar ada 'semua bahan bagi perang saudara'," kata Encik Sokhonn.



Pada April lalu, Asean bersetuju dengan lima perkara konsensus yang bertujuan memulihkan keadaan semakin teruk di Myanmar.



Pihak junta tentera menerima pelan itu tetapi sejauh ini dilihat tidak bertindak serius ke arah mencapai lima perkara itu dengan tentera terus menindas pihak lain - adakalanya bertindak ganas.



Dalam satu campur tangan yang jarang berlaku pada Isnin lalu di Perhimpunan Agung PBB, Duta Myanmar, Encik Kyaw Moe Tun, yang dipecat junta tetapi masih kekal dalam kedudukannya di PBB, menggesa badan antarabangsa itu memberi bantuan serta perlindungan kepada penduduk negara itu.



Sementara itu, Amerika Syarikat memberi amaran kepada syarikat supaya berhati-hati menjalankan perniagaan di Myanmar, memetik risiko dikaitkan dengan junta tentera yang terlibat dalam pelanggaran undang-undang dan penyalahgunaan hak asasi manusia.



Mereka yang terlibat dengan perniagaan yang dikawal rejim tentera "menghadapi risiko terlibat dalam kelakuan yang boleh mendedahkan mereka kepada risiko reputasi, kewangan dan undang-undang yang ketara", termasuk melanggar sekatan dan undang-undang pengubahan wang haram, menurut satu kenyataan daripada enam jabatan Amerika peringkat Kabinet.



Pelabur dan peniaga diberi amaran khusus untuk mengelakkan perusahaan milik tentera Myanmar, sektor permata dan logam berharga, hartanah dan projek pembinaan, dan perniagaan senjata.



Kenyataan itu menarik perhatian bahawa Kesatuan Eropah (EU) dan negara lain juga telah meletakkan sekatan terhadap menjalankan perniagaan dengan Myanmar sejak junta tentera merampas kuasa setahun lalu. - AFP.



BERITA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >