Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Malam panjang rakyat Israel jejak serangan Iran

Apr 15, 2024 | 02:58 PM



TEHERAN: Pada awal pagi 14 April, dalam ruang sempit sebuah kamar yang menjadi tempat perlindungan bom, warga Israel resah menjejaki serangan Iran.


Mereka telah diberi amaran lebih awal dalam siaran secara langsung yang ditonton melalui telefon bimbit mereka, hingga siren serbuan udara dan bunyi letupan kuat memecah kesunyian malam yang menakutkan.

Selepas lebih 24 jam, amaran berkaitan serangan itu ditarik balik di Israel. Tetapi pengalaman aneh melihat serangan udara besar-besaran berlaku dengan hanya menekan hujung jari menyebabkan ramai warga Israel berasa kurang senang.

Pada 13 April, kira-kira 11 malam di Israel, Iran mengumumkan pelancaran peluru berpandu dan dron ke arah Israel.

Tentera Israel segera mengesahkan serangan itu, sambil menegaskan sistem pertahanan udaranya bersedia melindungi rakyatnya. Pada masa itu, sekolah ditutup, penerbangan dibatalkan, dan perhimpunan luar dilarang.

Sejumlah peluru berpandu dan dron itu dilaporkan mengambil masa berjam-jam untuk sampai ke wilayah Israel.

Berjuta-juta di Israel menonton perkembangan itu dengan teliti di televisyen dan telefon bimbit mereka.

Gambar aplikasi penjejak penerbangan yang beredar di media sosial anehnya tidak menampakkan apa-apa di ruang udara negara jiran Israel.

Kemudian satu demi satu siaran muncul, menunjukkan lokasi dron dari Iraq dan Syria ke Jordan secara langsung.

“Ia adalah satu perasaan aneh, mengetahui bahawa sesuatu akan berlaku, malah tahu bila ia akan terjadi.

“Tetapi mereka tidak tahu apakah akibatnya,” kata Encik Josh, seorang lelaki Israel berusia 35 tahun, yang memberikan gambaran pengalamannya kepada agensi berita Xinhua, dengan mengungkapkan beberapa kata-kata lucu.


Peperangan dalam era media sosial telah menjadi pengalaman baru kepada ramai, termasuk bagi Encik Josh.

Beliau berkata “detik-detik yang dinantikan dalam talian” semalaman menunggu serangan Iran itu, setelah lebih enam bulan mengalami konflik di Jaluran Gaza, adalah cukup tegang.

“Saya tidak tahu sama ada negara (Israel) akan bangun menyaksikan sehingga 3,000 orang terbunuh, atau berasa sedikit lega dengan kejayaan memintas kesemua (dron dan peluru berpandu),” kata Encik Josh.

Ketika rakyat Israel menunggu dalam keadaan cemas, rakyat Iran turun ke jalan raya merayakannya, walaupun peluru berpandu dan dron masih dalam perjalanan.

Mereka turut mengibarkan bendera Iran dan Palestin. Mereka membunyikan hon kenderaan dan bersorak semasa memandu, melalui pusat bandar Teheran.

Akhirnya, sekitar dua dini hari 14 April di Baitulmaqdis, letupan besar meletus, menerangi langit Israel.

Bunyi pemintas yang bergemuruh bergema. Garis-garis berapi-api, menyerupai hujan meteor, perlahan-lahan melintasi latar langit bandar itu, sebelum hilang di kaki langit. Penantian telah berakhir.

Pertarungan udara, yang boleh dilihat dengan mata kasar, menarik ramai warga Israel mengambil video dan menyiarkannya di media sosial.

Tentera Israel mengatakan hampir kesemua peluru berpandu dan dron itu dapat dipintas.

Namun Iran mendakwa 50 peratus dron dan peluru berpandunya berjaya sampai ke sasaran dan menganggap serangan itu sebagai suatu kemenangan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >