Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Malaysia akan buka 200 hektar tanah bagi penanaman koko 2023

Jun 12, 2023 | 01:18 PM



ALOR SETAR: Lembaga Koko Malaysia (LKM) bercadang membantu petani membuka kawasan sekitar 200 hektar untuk penanaman koko pada 2023, kata Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia.

Kawasan itu termasuk 110 hektar tanah di Sabah, 80 hektar di Semenanjung dan 10 hektar di Sarawak, menurut kementerian itu pada Ahad.

“Pada masa ini, kawasan tanaman koko negara sebesar 5,985 hektar, dengan 3,444 hektar di Sabah, 1,454 hektar di Sarawak dan 1,087 hektar di Semenanjung.”

“Kementerian terus komited melaksanakan program bagi meningkatkan pengeluaran koko, antara lain, dengan menambah kawasan penanaman bagi memastikan kelangsungan sektor koko negara,” katanya dalam kenyataan itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof telah menghadiri sesi penglibatan dengan pengusaha ladang koko di Kodiang dekat sini, sempena acara Trek Komoditi Zon Utara 2023.

Sesi itu diadakan di kediaman Encik Zulkifli Romli di Kampung Kubang Menerung, seorang pekebun kecil koko yang mengusahakan tanaman koko sejak 2015 menerusi program pembangunan koko LKM.

Encik Zulkifli merupakan salah seorang daripada 14 petani koko di Kedah, dan negeri ini mempunyai 4.38 hektar tanaman koko di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap.

Kementerian itu berkata, timbalan perdana menteri itu turut melawat tapak pemprosesan biji koko.

Dalam sesi itu, pekebun kecil turut menekankan cabaran yang mereka hadapi termasuk kos perbelanjaan pertanian yang tinggi, mengakibatkan penggunaan baja terhad dan isu kekurangan penglibatan belia bagi meneruskan operasi ladang koko.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >