Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Malaysia akan temui penganjur konsert Coldplay berhubung pedagang tiket singkat

May 22, 2023 | 4:30 PM
Tiket untuk konsert Coldplay pada 22 November habis dijual dalam masa beberapa jam selepas penjualan bermula pada Rabu (17 Mei).
Tiket untuk konsert Coldplay pada 22 November habis dijual dalam masa beberapa jam selepas penjualan bermula pada Rabu (17 Mei). - EPA-EFE

PIHAK berkuasa Malaysia akan menemui penganjur konsert Coldplay selepas aduan daripada peminat yang tidak mendapatkan tiket untuk persembahan kumpulan rock Britain itu kerana pedagang tiket singkat atau scalper telah membelinya secara pukal untuk dijual semula.

Mesyuarat itu akan memberi tumpuan kepada langkah-langkah yang boleh diambil oleh penganjur untuk memastikan isu itu tidak berulang, lapor Bernama, menukil Menteri Komunikasi dan Digital, Encik Fahmi Fadzil. 

Kementerian itu juga akan meneliti peruntukan undang-undang sekiranya perlu mengambil tindakan, kata Encik Fahmi, menurut laporan itu.

Tiket untuk konsert Coldplay pada 22 November habis dijual dalam masa beberapa jam selepas penjualan bermula pada Rabu, lapor media tempatan. 

Peminat menggunakan media sosial untuk meluahkan kekecewaan mereka, dengan ramai yang menggesa orang ramai untuk berhenti membeli daripada pedagang tiket singkat itu, yang membeli tiket dalam bilangan yang banyak dan menjualnya semula pada harga yang lebih tinggi.

Harga melambung selepas tempahan dibuka, dengan tiket paling murah – pada asalnya berharga RM228 ($68) – dijual hampir lapan kali ganda lebih tinggi di pasaran, lapor akhbar The Star. 

Harga rasmi untuk acara itu adalah antara RM228 dengan RM3,000. 

Dalam tweet pada Rabu, Encik Fahmi menyifatkan harga jualan semula tiket sebagai “keterlaluan” dan berkata beliau akan membincangkan isu pedagang tiket singkat itu dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg