GOMBAK, MALAYSIA (AFP) - Satu bedah siasat dijalankan pada Ahad (22 April) ke atas mayat seorang profesor Palestin yang ditembak mati dalam kes yang didakwa keluarganya sebagai pembunuhan oleh agensi perisik Mossad Israel.
Prof Fadi Mohammad al-Batsh, 35 tahun, dibunuh dalam satu tembakan pada Sabtu, menurut pihak berkuasa Malaysia.
Beliau sedang berjalan dari pangsapuri mewahnya untuk melakukan solat subuh di masjid di Gombak apabila ditembak dua lelaki bersenjata bermotosikal, kata pegawai.
Di tempat kejadian, penanda polis menunjukkan 14 peluru telah dilepaskan ke arah mangsa, sebahagiannya terkena dinding. Sebuah jeriji besi yang terkena peluru itu kelihatan lekuk.
Menteri Dalam Negeri Malaysia Ahmad Zahid Hamidi, menurut laporan The Straits Times memetik agensi berita Bernama, menyatakan Prof Batsh adalah "seorang jurutera elektrik dan pakar membuat roket".
Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim berkata siasatan masih dilakukan.
"Kami menyiasat semua sudut. Saya perlu siasat dengan teliti dan mendalam. Ini adalah isu antarabangsa," kata Mazlan pada Ahad.
Selepas sedekad menyepi daripada penerbitan program televisyen, pasangan suami isteri yang juga pengasas bersama syarikat Screenbox, Encik Sujimy Mohamad dan Cik Haslinda Ali, kembali beraksi dengan
Seiring peningkatan usia, perubahan daripada aspek kesihatan jasmani, mental dan keupayaan diri akan berlaku.
Keupayaan memahami dan berkomunikasi akan berkurangan.
Oleh itu, adalah penting untuk
Penuaan adalah proses semula jadi yang melibatkan perubahan jasmani, mental, dan emosi yang berlaku seiring perjalanan masa.
Ia merupakan titik penting dalam kehidupan manusia dan memerlukan pemahaman
Dengan rambut palsu berwarna biru berserta solekan wajah fantasi menggayakan watak Aomine Daiki daripada anime bertajuk Kuroko no Basuke, beliau merayau-rayau sambil meneroka keindahan Jepun, negara
Hanya dengan menggunakan suara emasnya, wartawan penyiar ikonik era 1970-an hingga lewat 2000-an, Rashid Sulaiman, bagaikan membawa pendengar radio ‘terbang jauh’ ke padang bola sepak di seberang
Ada banyak kebetulan yang berlaku dalam hidup Pengarah Muzik Warna 942, Elfie Rafiee, yang sebenarnya membuka pintu rezekinya dan orang lain.
Elfie, 45 tahun, ditawarkan tugas sebagai deejay sambilan
Memulihkan diri dan menyahtoksin.
Itulah yang mungkin terlintas di fikiran tatkala menyebut tentang mata air panas yang menggelegak mahupun mandian terma.
Sedang rawatan ini merupakan langkah besar
Kerana nila setitik, susu sebelanga rosak.
Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya habis terpalit.
Dua peribahasa ini mula kerap digunakan warganet dan selebriti sejak akhir-akhir ini, merujuk pada
Di tengah-tengah kegiatan sehari-hari di Jalan Kayu, yang terkenal dengan deretan kedai perata dan restoran terjangkau harga makanannya, berdiri dengan megah kafe The Apricus Coffee & Food Co.
Kafe
Selepas lama mendiamkan diri dan ‘hilang’ daripada radar media, penyanyi dan pelakon asal Singapura, Aliff Aziz, akhirnya bersuara tentang rentetan kontroversi tidak berkesudahan yang melanda hidupnya

Beliau berkata bedah siasat sedang dijalankan di hospital. Jenazahnya kemudian akan diserahkan kepada keluarga.
Dalam satu kenyataan dari Jaluran Gaza yang ditadbir Hamas, keluarga mangsa berkata: "Kami menuduh Mossad di sebalik pembunuhan itu."
Pergerakan Islam Palestin mengatakan Prof Batsh, seorang saintis penyelidikan khusus bidang tenaga, adalah salah seorang anggotanya.
Encik Mohammad Shedad, 17 tahun, pelajar dan saudara mangsa, juga menyalahkan Mossad atas pembunuhan itu.
"Ia pasti kerja Mossad. Fadi orang bijak. Sesiapa yang bijak adalah ancaman kepada Israel," katanya kepada Agence France-Presse di luar rumah mangsa di Malaysia.
"Fadi adalah ahli Hamas dan tahu bagaimana membuat roket, jadi (Israel) fikir beliau berbahaya."
Prof Batsh meninggalkan seorang balu dan tiga anak kecil. Beliau menetap di Malaysia sejak 10 tahun lalu.
Encik Ahmad Abu Bakar, 33 tahun, pelajar asing yang belajar di Malaysia, berkata beliau telah mengenali mangsa selama dua tahun.
"Beliau ramah dan mendakwahkan kebaikan. Beliau tidak pernah menganjurkan kebencian, saya terkejut dengan pembunuhan itu," katanya.
Encik Robert Anthony, 56 tahun, seorang pengawal keselamatan di sekolah rendah Cina berhampiran tempat kejadian, berkata beliau mendengar bunyi tembakan tetapi menyangka ia bunyi mercun.