Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Malaysia lanjutkan perintah kawalan gerakan dua minggu lagi hingga 28 April

Apr 10, 2020 | 4:18 PM
LANJUTKAN KAWALAN: Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin, pada Jumaat (10 April)  melanjutkan perintah kawalan pergerakan negara itu selama dua minggu lagi hingga 28 April.
LANJUTKAN KAWALAN: Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin, pada Jumaat (10 April)  melanjutkan perintah kawalan pergerakan negara itu selama dua minggu lagi hingga 28 April. - - Foto FACEBOOK RTM MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin, pada Jumaat (10 April) melanjutkan perintah kawalan pergerakan negara itu selama dua minggu lagi, sedang kerajaan meneruskan usaha untuk mengurangkan jangkitan koronavirus.

Dalam siaran tayangan secara langsung di televisyen negara, beliau berkata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan dari 15 April hingga 28 April.

PKP memasuki pada hari ke-24 pada hari Jumaat, dengan kebanyakan rakyat Malaysia yang tinggal di rumah kecuali perlu membeli barangan runcit, ubat-ubatan atau makanan, atau menjalankan perkhidmatan penting.

PKP bermula pada 18 Mac dan pada mulanya hanya buat tempoh dua minggu hingga 31 Mac, teapi sebelum ini telah dilanjutkan dua minggu lagi hingga 14 April.

Malaysia pada hari Khamis mengesahkan 4,228 kes koronavirus dan 67 kematian.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg