Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Malaysia sambut Aidiladha pada 29 Jun

Jun 19, 2023 | 2:35 PM
HAIWAN KORBAN: Para penduduk menyaksikan acara korban di sebuah kampung di Terengganu sempena Aidiladha.
HAIWAN KORBAN: Para penduduk menyaksikan acara korban di sebuah kampung di Terengganu sempena Aidiladha. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 29 Jun (Khamis), kata penolong setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd Aseral Jusman, ketika mengumumkannya pada Ahad.

“Sebagai mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong, berikutan perkenan Raja-Raja, bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, saya dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1444 Hijrah jatuh pada 20 Jun 2023.

“Justeru, Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di Malaysia adalah pada Khamis, 29 Jun 2023,” katanya.

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam Ahad. – The Star.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg