Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mangsa bencana di Sumatera singkap ngerinya banjir kilat, aliran lahar sejuk

May 13, 2024 | 1:04 PM
Hujan lebat mencurah selama beberapa jam dan lahar sejuk dari Gunung Marapi, yang terletak berhampiran, menenggelamkan dua daerah, sejurus sebelum tengah malam pada 11 Mei.
Hujan lebat mencurah selama beberapa jam dan lahar sejuk dari Gunung Marapi, yang terletak berhampiran, menenggelamkan dua daerah, sejurus sebelum tengah malam pada 11 Mei. - Foto EPA -EFE

AGAM (Indonesia): Cik Rina Devina sedang bersiap-siap untuk tidur bersama suami dan dua anaknya di pulau Sumatera, Indonesia, apabila beliau terdengar bunyi dentuman dan suara orang berteriak “banjir kilat!”

Hujan lebat berjam-jam dan lahar sejuk dari Gunung Marapi, yang terletak berhampiran, menenggelamkan dua daerah, sejurus sebelum tengah malam pada 11 Mei.

Kejadian itu mengorbankan berpuluh-puluh orang dan merosakkan rumah, jalan raya dan masjid. Lebih 12 orang masih hilang.

Penduduk Tanah Datar dan daerah Agam berhampiran, yang terselamat, menceritakan kengerian mereka apabila banjir kilat melanda, arus membawa jiran mereka dan menenggelamkan rumah dan bangunan.

“Hujan sangat lebat, saya mendengar guruh dan bunyi seperti air mendidih. Ia bunyi batu besar yang jatuh dari Gunung Marapi,” kata Cik Rina, suri rumah berusia 43 tahun di Agam.

“Rumah saya okey, tetapi rumah jiran saya diratakan oleh batu besar. Tiga jiran saya meninggal dunia – ibu, bapa dan anak. Seorang lagi jiran, berusia 85 tahun, juga meninggal dunia.”

Ibu tiga anak itu berkata bekalan elektrik terputus, menyebabkan beliau tidak dapat melihat apa-apa, sebelum melarikan diri ke pejabat ketua kampung.

Beliau melarikan diri dalam hujan lebat dengan hanya pakaian disangkutkan di belakangnya dan keluarganya di sisinya.

Hujan mengubah kawasan kejiranan mereka menjadi lautan lumpur, hanya bumbung rumah dan pohon palam sahaja yang kelihatan.

Seorang wartawan AFP di sana berkata hujan lebat memaksa penduduk mencari perlindungan segera.

Pasukan penyelamat telah mengerahkan bot getah untuk mencari mayat atau mangsa yang terselamat.

Encik Budi Rahmat, seorang petani berusia 44 tahun di Agam, bercerita tentang bunyi guruh dan batu bergolek di jalan raya.

“Saya ke luar dan melihat air mengalir,” kata bapa lima anak itu.

“Rumah saya, alhamdulillah okey. Ia hanya dibanjiri air, bukan batu.” – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg