Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Usaha cari mangsa dipergiat dek tanah runtuh di Sulawesi

Apr 15, 2024 | 1:39 PM
Gambar yang diedarkan Agensi Pengurusan Bencana Negara, menunjukkan para anggota penyelamat dan penduduk mencari mangsa yang masih terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Tana Toraja, Indonesia, pada 14 April.  Sekurang-kurangnya 19 maut akibat bencana itu.
Gambar yang diedarkan Agensi Pengurusan Bencana Negara, menunjukkan para anggota penyelamat dan penduduk mencari mangsa yang masih terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Tana Toraja, Indonesia, pada 14 April.  Sekurang-kurangnya 19 maut akibat bencana itu. - Foto EPA-EFE

SULAWESI: Puluhan askar, polis dan sukarelawan yang menyertai misi pencarian di kampung-kampung dalam mencari dua lagi yang hilang selepas hujan lebat mengakibatkan kejadian tanah runtuh dalam kejadian yang menyaksikan sekurang-kurangnya 19 maut di wilayah Sulawesi selatan.

Mangsa yang maut dan dua yang terselamat dipindahkan dari dua kampung yang dilanda tanah runtuh di daerah Tana Toraja, wilayah Sulawesi selatan, kata ketua agensi bencana tempatan, Encik Sulaiman Malia.

Empat kematian dicatatkan di Makale Selatan dan 15 lagi di kampung Makale yang terletak di kawasan terpencil dan berbukit. Encik Sulaiman menambah satu perhimpunan keluarga diadakan di salah satu rumah yang terjejas.

Ketua polis tempatan, Encik Gunardi Mundu berkata anggota pasukan penyelamat pada 14 April berjaya menyelamatkan dua mangsa yang cedera, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dan telah dibawa ke hospital berdekatan.

Pasukan itu masih mencari seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Negara, Encik Abdul Muhari.

Sejak seminggu lalu, Tana Toraja dan kawasan sekitarnya sering dilanda hujan lebat. Ini menyebabkan runtuhan lumpur jatuh dari bukit ke empat rumah sejurus sebelum tengah malam pada 13 April di daerah Tana Toraja.

Talian komunikasi yang terputus, cuaca buruk dan tanah yang tidak stabil menghalang usaha menyelamat, kata Muhari.

Indonesia terdedah risiko tanah runtuh semasa musim hujan lebat dan ia diburukkan lagi dengan aktiviti pembalakan sehingga mengundang banjir di beberapa kawasan.

Pada Mac sahaja, banjir kilat dan tanah runtuh di Sumatera membunuh sekurang-kurangnya 30 orang dan ada mangsa yang masih belum dijumpai.

Tanah runtuh dan banjir turut menghanyutkan puluhan rumah selain memusnahkan sebuah hotel berdekatan Tasik Toba di Sumatera Disember 2023, meragut sekurang-kurangnya dua nyawa. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg