Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Marcos pertahankan pelaksanaan undang-undang tentera mendiang bapanya

Sep 18, 2022 | 05:30 AM



PEMIMPIN Filipina, Presiden Ferdinand Marcos Jr, mempertahankan pelaksanaan undang-undang tentera mendiang bapanya semasa berkuasa dahulu, dengan mengatakan ia perlu kerana pemerintahnya pada masa itu terpaksa memerangi pemberontakan komunis dan kumpulan pemisah secara serentak.



Encik Marcos Jr, anak kepada mendiang Ferdinand Marcos Sr yang digulingkan dalam pemberontakan rakyat pada 1986, berkata bapanya mengisytiharkan undang-undang tentera bukan untuk terus berkuasa tetapi kerana "pemerintah terpaksa mempertahankan dirinya".



"Undang-undang tentera telah diisytiharkan kerana dua peperangan yang negara lawan dengan dua pihak," kata Encik Marcos Jr dalam wawancara pertama sejak kemenangan besarnya dalam pilihan raya presiden Mei lalu.



"Itulah bahayanya, bahaya yang dihadapi negara," katanya, sedang pelbagai kumpulan termasuk mangsa pencabulan hak asasi manusia, bersiap sedia memperingati ulang tahun ke-50 pengisytiharan undang-undang tentera negara itu pada 21 September ini, lapor Reuters.



Kenyataan beliau itu berkemungkinan meningkatkan kebimbangan pengkritik bahawa Encik Marcos Jr tidak berniat menjauhkan diri daripada tindakan bapanya dan ini boleh menimbulkan risiko kepada demokrasi di Filipina.



NAFI PUTARBELIT SEJARAH



Dalam wawancara televisyen itu, Encik Marcos Jr menafikan tuduhan beliau dan keluarganya telah memutarbelitkan sejarah.



Semasa kempen pilihan raya presiden itu, pengkritik berkata usahanya menjadi presiden adalah percubaan menulis semula sejarah dengan menutup keburukan rasuah dan kuku besi yang dikaitkan dengan pemerintahan bapanya selama 20 tahun.



Mendiang Marcos Sr dan keluarganya melarikan diri daripada pemberontakan rakyat menentang pemerintahannya selepas apa yang disifatkan banyak ahli sejarah sebagai contoh terburuk kleptokrasi di Asia.



Encik Marcos Sr meninggal dunia dalam buangan di Hawaii pada 1989, tetapi keluarganya kemudian pulang ke tanah air dan melancarkan semula kegiatan politik yang memuncak dengan kemenangan pilihan raya anaknya pada Mei lalu.



Beberapa dekad kemudian selepas undang-undang tentera itu, lebih 11,000 mangsa undang-undang itu telah menerima ganti rugi daripada pihak berkuasa Filipina yang dibayar menggunakan berbilion dolar harta yang diambil secara tidak sah oleh mendiang Marcos Sr.



Sambil mengesat air mata ketika bercakap, Encik Marcos Jr mengingat kembali peristiwa melawat kubur bapanya sehari selepas memenangi pilihan raya dan meminta bantuannya.



"Saya akan menggunakan semua yang saya pelajari daripada anda (Marcos Sr) untuk meneruskan kerja anda," cerita Encik Marcos Jr.



Namun, Encik Bonifacio Ilagan, yang dipenjara dan diseksa semasa undang-undang tentera itu, berkata sememangnya mendiang Marcos Sr mahu kekal berkuasa selama 14 tahun dengan mengenakan undang-undang tentera, dan menolak sebarang cadangan ia disebabkan situasi kecemasan.



"Marcos Jr menjadi presiden atas cerita palsu dan kisah sejarah yang mengelirukan," kata Encik Ilagan.



CARA MENYELURUH PERANGI DADAH



Dalam wawancara sama, Encik Marcos Jr berkata beliau merancang bertukar cara, berbanding pendekatan berdarah mantan presiden Encik Rodrigo Duterte, terhadap masalah dadah negara itu.



Namun, beliau tetap berhasrat melindungi sekutunya itu daripada penyiasatan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bagi kemungkinan jenayah kemanusiaan.



Encik Marcos mahu menjalankan kempen antidadah yang bersifat menyeluruh, lebih memberi tumpuan kepada pencegahan dan pemulihan, lapor The Straits Times.



Kanak-kanak, katanya, akan diajar kesan buruk dadah, manakala pemerintah akan memberi rawatan sewajarnya kepada penagih dadah.



"Peperangan terhadap dadah akan berterusan, tetapi kita perlu melakukannya dengan cara berbeza," kata Encik Marcos Jr.



"Malah, sekarang ini, kita sedang cuba merangka apakah cara terbaik bagi program pemulihan itu. Ini semua sedang diusahakan".



Ini berbeza dengan dasar penguatkuasaan tegas yang dimulakan pentadbiran Duterte pada 2016.



Encik Duterte turut menarik Filipina keluar daripada ICC pada 2019 selepas pertubuhan itu melancarkan siasatan awal ke atas ribuan kematian berkaitan dadah semasa penggalnya.



Namun ICC kemudian menggantungnya selepas Manila berkata ia sedang menyiasat jenayah itu.



Semasa wawancara itu, Encik Marcos Jr berkata ICC seharus hanya 'campur tangan' apabila badan kehakiman sebuah negara tidak lagi berfungsi.



"ICC, secara ringkasnya, sepatutnya mengambil tindakan apabila sesebuah negara tidak lagi mempunyai badan kehakiman yang berfungsi.



"Keadaan ini tidak wujud di Filipina. Jadi saya tidak nampak apakah peranan yang dimainkan ICC di Filipina," jelasnya.



Encik Marcos menganggap keluarga Encik Duterte sebagai sekutunya. Pasangannya dalam pilihan raya Mei lalu ialah anak perempuan Encik Duterte, Cik Sara Duterte, yang kini menjadi Naib Presiden.



CUKAI HARTA KELUARGA



Dalam wawancara sama, Encik Marcos Jr juga buat kali pertama menyentuh isu cukai harta pusaka yang dibangkitkan pengkritiknya semasa tempoh kempen.



Beliau berkata keluarganya harus diberi peluang membela diri dalam kes membabitkan berbilion peso cukai harta pusaka yang belum dibayar, walaupun Mahkamah Agung telah memutuskan dengan muktamad mengenai perkara itu.



Encik Marcos Jr mendakwa keluarganya tidak dapat membela diri apabila mereka kali pertama diarah Biro Hasil Dalam Negeri untuk membayar 23 bilion peso ($0.57 bilion) cukai harta pusaka pada 1991.



Beliau berkata mereka masih dalam buangan di Amerika Syarikat ketika arahan itu dibuat.



Keluarga Marcos sekali lagi diarah membayar selepas mereka dibenarkan pulang ke Filipina pada akhir tahun tersebut. Tetapi mereka masih gagal membayar cukai itu.



"Sekarang kita semua di sini (Filipina). Buka kes ini dan biarkan kita berhujah mengenainya," ujarnya.



Dokumen mahkamah yang diperolehi laman web berita Rappler pada Mac 2022 menunjukkan keputusan Mahkamah Agung yang mengarahkan waris Marcos Sr membayar cukai harta pusaka mereka yang belum dibayar adalah "muktamad dan perlu dilaksana" pada 9 Mac 1999.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >