Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Markas parti Baath pimpinan Presiden Assad ditutup penunjuk perasaandi Syria

Aug 28, 2023 | 02:01 PM



AMMAN: Penunjuk perasaan yang menuntut supaya ditamatkan pemerintahan autoritarian, menutup ibu pejabat parti Baath yang memerintah di bandar Sweida di barat daya Syria yang dikuasai kaum Druze.


Ini dilakukan sedang bantahan yang memasuki minggu kedua itu tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda, kata saksi dan aktivis sivik.

Golongan belia dengan kelengkapan alat kimpalan, menutup pintu bangunan parti pimpinan Presiden Bashar al-Assad, yang telah berkuasa sejak rampasan kuasa 1963.

Ratusan orang kembali ke jalan raya pada hari ketujuh berturut-turut, mengadakan tunjuk perasaan secara aman, menggesa supaya diperbaiki keadaan hidup yang semakin buruk di negara itu, disebabkan harga petrol yang tinggi.

Mereka turut menuntut supaya dilakukan perubahan politik secara menyeluruh.

“Letakkan jawatan Bashar, kami mahu hidup bermaruah,” bunyi laungkan seruan itu di dataran utama di mana pemimpin tertinggi Druze telah memberikan restu supaya diteruskan bantahan mereka dan menamatkan pemerintahan keluarga Assad selama lima dekad.

Krisis ekonomi yang buruk telah mengakibatkan mata wang tempatan merosot, mencetuskan kenaikan harga makanan selain bekalan asas, dengan pemerintah Encik Assad menyalahkan sekatan pihak Barat.

Tentangan yang semakin memuncak di kawasan yang selama ini setia menyokong Encik Assad, kini menjadi cabaran terbesar bagi pemimpin Syria itu untuk kekal berkuasa, selepas memenangi perang saudara selama lebih sedekad dengan bantuan penting dari Russia dan Iran.

Pegawai pemerintah telah meningkatkan langkah keselamatan di kawasan pantai Mediterranean, yang dikuasai sejak turun-temurun oleh mazhab Alawit minoriti kaum Encik Assad.

Kaum itu menguasai tentera dan pasukan keselamatan, untuk mengelakkan gesaan yang kian meningkat, membantah keadaan hidup yang semakin buruk di negara itu, kata Encik Kenan Waqaf, seorang wartawan terkemuka yang dipenjarakan, kerana mengkritik pihak berkuasa.

Di seluruh wilayah itu, beberapa cawangan tempatan parti Baath yang pegawainya memegang jawatan tertinggi pemerintah, juga ditutup oleh penunjuk perasaan, kata penduduk.

Sweida, sebuah bandar dengan lebih 100,000 penduduk, telah menyaksikan kebanyakan institusi awam ditutup dan pengangkutan awam mogok.

“Ini adalah ketidaktaatan sivil yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan mendapat sokongan masyarakat yang luas daripada sebahagian besar masyarakat Druze dan pemimpin agamanya,” kata Encik Ryan Marouf, seorang aktivis sivik dan editor laman web berita tempatan Suwayda 24. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >