Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

berita

Bekalan makanan ke Syria kurang separuh dek kurang dana: PBB

Jun 14, 2023 | 01:12 PM



ROME: Agensi makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan pada Selasa bahawa ia akan mengurangkan separuh bekalan makanan asas yang diperlukan di Syria kerana tidak cukup dana.


“Krisis dana yang tidak dijangka di Syria itu memaksa Rancangan Makanan Sedunia (WFP) kelolaan PBB mengurangkan separuh daripada jumlah bantuan bekalan makanan asas, daripada peruntukan bagi 5.5 juta orang menjadi 2.5 juta orang, yang bergantung kepada agensi ini,” menurut pertubuhan itu.

Agensi itu juga mengatakan ia mengambil keputusan tersebut “setelah tidak ada jalan lain lagi” dan merancang untuk “menggunakan sepenuhnya” sumber-sumber yang ada dengan mengutamakan “sejumlah tiga juta rakyat Syria yang tidak berupaya menjalani hidup dari minggu ke seminggu, tanpa bantuan”.

WFP berkata bahawa jika ia terus menyediakan bekalan untuk 5.5 juta orang, “makanan akan kehabisan menjelang Oktober”.

“Bukannya meningkatkan atau mengekalkan bekalan yang diperlukan, kami menghadapi satu keadaan menarik bantuan kepada orang ramai, ketika mereka sangat memerlukan,” kata wakil WFP di Syria, Encik Kenn Crossley, dalam satu kenyataan.

Perang di Syria yang berlarutan selama 12 tahun meletus selepas Presiden Bashar al-Assad menindas tunjuk perasaan anti-pemerintah yang memuncak, mencetuskan konflik yang mengakibatkan kuasa-kuasa asing menarik diri dan munculnya kumpulan militan.

Konflik itu mengakibatkan lebih setengah juta orang terbunuh dan berjuta yang lain kehilangan tempat kediaman.

Keadaan di negara itu bertambah buruk apabila gempa bumi melanda pada awal 2023 dan masih belum bebas daripada pandemik Covid-19.

Malah sebelum gempa bumi itu berlaku, sejumlah 12.1 juta orang di serata negara itu mengalami kebuluran, kata WFP.

“Mengurangkan lagi bekalan adalah sulit. Satu-satunya huraian adalah mengurangkan bilangan orang yang menerima bantuan,” ujar Encik Crossly.

“Purata pendapatan bulanan rakyat Syria hanya dapat menutupi satu perempat daripada keperluan makanan keluarga,” kata WFP.

Pengumuman mengurangkan bekalan itu dibuat sedang Kesatuan Eropah (EU) membuat persiapan untuk menjadi tuan rumah kepada Persidangan Brussels mengenai “Sokongan ke arah Masa Depan Syria dan Serantau” bermula Rabu. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >