Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Masjid di M'sia wajar kembali pada tujuan asalnya

Perlu ada panduan bezakan ceramah agama dan politik di masjid: Pakar akademik
Mar 09, 2023 | 05:30 AM



MASJID adalah rumah ibadah dan bukan medan politik, justeru wajarlah masjid-masjid dikembalikan pada matlamat asalnya.



Mentelah di Malaysia, kuasa pentadbiran keagamaan di bawah kuasa raja-raja, justeru setiap masjid perlu menghormati keputusan larangan ceramah politik di masjid.



Zamil Kanan dan Penyelaras di Program Kajian Sosial dan Budaya Serantau, Iseas-Institut Yusof Ishak, Dr Norshahril Saat, menyatakan demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tentang semua pihak perlu menghormati mengenai larangan ahli politik menyampaikan kuliah atau ceramah politik di masjid dan surau.



"Namun, cabarannya ada tokoh-tokoh agama sendiri yang terlibat dalam politik. Bagaimana membezakan isu agama dan politik perlukan panduan.



"Misalnya, apabila ceramah berunsur cuba memenangkan parti-parti politik atau pemimpin politik, justeru ia tidak dibolehkan.



"Tetapi isu-isu seperti pembangunan ekonomi, rasuah, keadilan sosial, walaupun bersifat politik tetapi umum mungkin perlu dibincangkan, kerana ia tidak menjurus kepada kepartian.



"Jika tidak, masjid-masjid hanya akan membahaskan soal-soal spiritual dan ritual sahaja,'' ujar Dr Norshahril.



Pada Selasa, Datuk Anwar berkata soal kebenaran memberi kuliah atau ceramah itu adalah terpakai kepada semua pihak termasuk dirinya.



Menurutnya, beliau akan mengelak daripada memberikan tazkirah atau ceramah di masjid, jika dijemput bagi menghormati larangan tersebut.



Pemerhati politik, Dr Oh Ei Sun, yang juga Zamil Kanan di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, pula berkata larangan politik itu kemungkinan besar menjejas para pemimpin Parti Islam seMalaysia (PAS).



Ini kerana parti tersebut mempunyai ramai pemimpin yang berkelayakan politik dan agama termasuk presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.



"Mereka biasanya akan memasukkan unsur politik dalam khutbah di masjid dan kadang-kadang ceramah yang agak berapi-api.



"Ini boleh menimbulkan sentimen agama yang memudaratkan keharmonian berbilang kaum di Malaysia,'' ujar Dr Oh.



Terdahulu Tan Sri Abdul Hadi menegaskan bukan menjadi satu kesalahan untuk ahli politik memberikan kuliah atau ceramah agama di seluruh masjid serta surau-surau.



Datuk Anwar turut mengingatkan Tan Sri Abdul Hadi supaya menjaga kata-kata dan tidak sekali-kali menyinggung kedudukan raja-raja Melayu.



Ini kata Datuk Anwar terutamanya dalam soal berkaitan agama Islam kerana kuasa agama itu adalah di bawah bidang kuasa agama negeri-negeri dan raja-raja Melayu berkaitan isu larangan ahli-ahli politik berceramah agama di masjid-masjid dan surau-surau.



Profesor Madya Dr Eugene Tan dari Universiti Pengurusan Singapura (SMU) berkata jelas terdapat keprihatinan dalam kalangan beberapa sultan negeri terhadap masjid yang menjadi sarang kegiatan politik.



"Saya melihat larangan itu sebagai percubaan sultan untuk mengawal semula apa yang berlaku di masjid yang menjadi bidang kuasa mereka.



"Raja-raja juga mahu memastikan masjid hanya terhad kepada perkara akidah dan bukan untuk perkara politik yang dilihat sebagai ucapan agama," ujar Dr Tan.



Beliau berkata tidak dinafikan bahawa masjid telah digunakan oleh ahli politik untuk tujuan politik sama ada untuk mengkritik lawan atau untuk mendapatkan sokongan.



"Saya fikir keadaan akan menjadi lebih buruk jika sultan tidak menghentikan perhimpunan politik yang berlaku di masjid.



"Sembilan sultan di Malaysia, dalam beberapa tahun kebelakangan ini melahirkan kebimbangan mengenai sikap tidak bertoleransi agama dan 'ekstremisme'.



"Contohnya, selepas dua kedai dobi di Perlis dan Johor memaparkan 'Muslim sahaja' pada 2017.



"Pada November 2022, Majlis Raja-Raja menyeru ahli politik untuk berhenti mencetuskan kebencian di Malaysia yang berbilang agama dan etnik, di tengah-tengah peningkatan ucapan kebencian berikutan pembentukan kerajaan perpaduan Datuk Anwar,'' ujar Dr Tan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >