PILIHAN RAYA BRITAIN

May diramal hilang majoriti, hadapi tekanan letak jawatan

LONDON: Perdana Menteri Britain Theresa May berhadapan dengan tekanan hebat agar meletak jawatan semalam selepas percaturannya mahu mengadakan pilihan raya lebih awal bagi memperoleh mandat yang lebih kuat berkesudahan menghampakan dan meletakkan politik Britain terumbang-ambing dan bakal merencatkan rundingan Brexit.

Tanpa kemenangan mutlak, Cik May perlu mengembalikan kestabilan ketika pencabarnya daripada Parti Buruh, Encik Jeremy Corbyn, mendesak beliau supaya meletak jawatan.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan