Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mayat 10 mangsa pesawat terhempas ditemui, kesemua 189 dikhuatiri terkorban

Oct 30, 2018 | 01:24 PM



JAKARTA: Pasukan mencari dan menyelamat di tapak terhempasnya Pesawat Lion Air JT610 di perairan Karawang, Jawa Barat, telah menghantar 24 beg mayat yang mengandungi sebanyak 10 mayat dan sisa tubuh manusia lain untuk menjalani pemeriksaan DNA hari ini. 



Operasi mencari mangsa yang masih hidup diteruskan. 



Pasukan pakar dari Biro Penyiasatan Keselamatan Pengangkutan Singapura tiba di Jakarta petang semalam dengan alat pengesan bawah air untuk membantu operasi pencarian tersebut. 



Operasi itu dijalankan semalaman dengan arahan Presiden Indonesia Joko Widodo, yang telah melawat keluarga mangsa yang berada dalam JT610 semalam. 



Pesawat tersebut membawa seramai 189 penumpang. 



Ketua Badan Peninjau dan Penyelamat Kebangsaan Indonesia (Basarnas), Encik Muhammad Syaugi menyatakan semalam bahawa 10 mayat telah ditemui penyelam, sementara 14 beg yang lain mengandungi sisa tubuh manusia. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >