Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mayat dalam simen, polis tahan warga asing

Dec 05, 2023 | 05:25 PM



SHAH ALAM: Polis Malaysia menahan seorang lelaki warga asing berusia 53 tahun selepas mayat wanita ditemui ditanam dan disimen di sebuah rumah di Pandamaran, Selangor pada 4 Disember.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Klang, pada 5 Disember, lapor Berita Harian Malaysia.


Beliau berkata pihak polis sudah mengenal pasti dua suspek lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.

“Polis kini sedang dalam tindakan mengesan kedua-dua suspek terbabit yang dikenali sebagai Ranjit Singh dan Mandeep Singh,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu Datuk Hussein berkata, polis menerima satu laporan dari seorang lelaki tempatan pada jam 10.58 malam, 3 Disember.

“Menurut laporan itu, lelaki (pengadu/pemilik rumah) berkenaan menerima maklumat daripada seorang lelaki warga asing terdapat mayat di dalam kolah mandi bilik air rumah pengadu yang disediakan.

“Siasatan mendapati, pengadu pernah menyewakan rumahnya di Kampung Pendamar, di sini kepada dua lelaki warga asing selama dua tahun bermula Ogos 2019 hingga Oktober 2021.

“Sebelum menyewakan rumah itu kepada orang lain pengadu membuat pemeriksaan di kolah mandi di dalam bilik air rumah terbabit dan mendapati kolah mandi itu telah disimen,” katanya.

Beliau berkata, menurut pengadu penyewa warga asing memberikan alasan bahawa air dari bangkai tikus mengalir masuk ke dalam kolah mandi itu.

“Jadi, tanpa mengesyaki apa-apa, pengadu menyewakan rumah itu kepada penyewa lain,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, pada November lalu, pengadu meminta seorang lelaki warga asing membaiki bumbung rumah itu.

“Semasa membayar gaji kerja pembaikan, lelaki berkenaan memberitahu pengadu bahawa terdapat mayat di dalam kolah mandi itu.

“Tetapi lelaki yang memberikan maklumat itu sudah balik ke negara asal. Jadi, bagi mengesahkan maklumat itu, pengadu membuat laporan polis.

“Susulan itu, polis bersama bomba, unit Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Selangor ke lokasi kejadian,” katanya.

Katanya, setelah simen di kolah mandi itu dipecahkan, satu mayat wanita dewasa ditemui dan dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat pada 6 Disember nanti. - BERITA HARIAN MALAYSIA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >