Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mayat dikerat enam ditemui di tepi lebuh raya M'sia

Jan 19, 2023 | 05:30 AM



SUNGAI BULOH: Sekujur mayat yang dipotong enam bahagian telah ditemui di tepi jalan Kilometer 447, Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah utara, berhampiran persimpangan Rawang Selatan, pagi kelmarin.



Sebahagian keratan tubuh mangsa disumbatkan ke dalam beg bagasi manakala separuh bahagian badan ditemui di tepi jalan.



Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa'aton Abu Bakar, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai kejadian itu pada 11.45 pagi itu.



"Kita menemui keratan badan (pinggang ke atas tanpa kepala) di tepi jalan serta menemui satu bagasi berhampiran keratan badan.



"Hasil pemeriksaan dalam bagasi pula kita menjumpai serpihan potongan badan," katanya dalam kenyataan kelmarin.



Superintenden Shafa'aton berkata mayat itu tidak sempurna kerana tiada kepala serta kedua-dua tangan dan kaki.



"Identiti mayat dan jantina belum dikenal pasti berikutan mayat tidak lengkap dan tiada dokumen pengenalan diri," katanya.



Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Sementara itu, berdasarkan maklumat sumber, mayat berkenaan tidak mempunyai tanda suntikan BCG yang berkemungkinan adalah warga asing.



Siasatan lanjut di lokasi kejadian juga turut dijalankan oleh Unit Forensik Polis Kontinjen Selangor dan Unit Anjing Pengesan (K9). - BHM.




"Kita menemui keratan badan (pinggang ke atas tanpa kepala) di tepi jalan serta menemui satu bagasi berhampiran keratan badan.

Hasil pemeriksaan dalam bagasi pula kita menjumpai serpihan potongan badan."

- Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa'aton Abu Bakar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >