Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mayat warga Korea Selatan ditemui susulan perlanggaran buggy

Dec 27, 2018 | 05:26 PM



BANGKOK: Mayat dua lelaki Korea Selatan yang lemas ketika bermain golf di utara Thailand sudah ditemui, kata polis hari ini selepas buggy isteri mereka merempuh kenderaan sama dinaiki suami, menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam sungai.



Kumpulan itu berada dalam feri bersiap sedia menyeberangi sungai yang merentasi padang golf apabila lelaki terbabit yang berada dalam satu buggy secara tidak sengaja dirempuh isteri mereka.



Hentaman itu menyebabkan mangsa tercampak ke dalam air berlumpur, kata polis daerah Leftenan Kolonel Suwat Suawatmontri. Wanita terbabit diselamatkan oleh nelayan berhampiran.



Lebih 50 penyelamat daripada tentera dan polis terbabit dalam pencarian lelaki yang hilang, iaitu Sung Jun-yong, 68, dan Ha Jae-oong, 76.



Satu mayat ditemui malam tadi sejauh dua kilometer dari tempat nahas sementara satu lagi ditemui penduduk kampung pagi ini ‘terapung berhampiran sebuah kuil,’ kata Suwat.



“Isteri mangsa berkata, kedua-duanya tahu berenang namun saya fikir punca lemas adalah arus deras,” tambahnya. Kedua-dua pasangan itu tiba di Thailand malam Krismas lalu untuk bercuti. -AFP

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >