MB Johor sambut baik bantuan air tambahan S'pura
Jun 08, 2016 | 05:30 AM
JOHOR BHARU: Johor menyambut baik keputusan Singapura membekalkan air minuman tambahan bagi negeri ini, kata Menteri Besarnya, semalam.
Menteri Besar Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata langkah Singapura itu menunjukkan tanda muhibah membantu jiran semasa musim kemarau yang melanda Johor.