Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Media Iran: 22 ditangkap, disyaki jadi pengintip Israel sejak mula konflik

Jun 21, 2025 | 2:43 PM
Israel, Iran, missile, attack, peluru berpandu, serangan, spy, pengintip
Iran kerap kali mengumumkan mereka yang disyaki jadi pengtintip diberkas. - Foto EPA-EFE

TEHERAN: Polis di wilayah Qom, Iran, berkata pada 21 Jun bahawa 22 orang “yang dikaitkan dengan perkhidmatan pengintip Israel” telah ditangkap sejak 13 Jun, lapor agensi berita negara itu, Fars.

“Seramai 22 orang dikenal pasti dan ditangkap atas tuduhan dikaitkan dengan perkhidmatan perisik rejim Zionis, mengganggu pandangan umum dan menyokong rejim jenayah,” kata agensi itu, memetik ketua perisikan polis di wilayah Qom.

Ia berlaku selepas polis Iran mengumumkan penahanan pada 19 Jun terhadap 24 orang yang dituduh jadi pengintip Israel dan cuba memburukkan imej negara itu, menurut satu kenyataan agensi berita Tasnim.

Seorang warga Eropah turut ditahan kerana mengintip, lapor Tasnim pada 20 Jun, tanpa memberikan kewarganegaraan atau tarikh tangkapan.

Iran kerap mengumumkan penahanan yang disyaki pengintip.

Beberapa orang telah dihukum dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Sebuah badan bukan pemerintah (NGO), Hak Asasi Manusia Iran, yang berpangkalan di Norway berkata sekurang-kurangnya 223 orang telah ditangkap di seluruh negara atas tuduhan berkaitan kerjasama dengan Israel, sambil memberi amaran bahawa angka sebenar mungkin lebih tinggi. – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg