Beberapa warga Singapura yang sedang menuntut di Timur Tengah, khususnya di Jordan, bimbang tentang keselamatan mereka di tengah-tengah konflik Israel-Iran yang kini memasuki minggu kedua walaupun mereka berada dalam keadaan selamat dan akan terus berwaspada.

Sebahagian besar pelajar yang dihubungi Berita Harian (BH) berkata meskipun keadaan di Timur Tengah sedang bergolak, mereka merancang untuk meneruskan pengajian di sana, lebih-lebih lagi dengan musim peperiksaan pada ketika ini.