Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pakistan larang media buat liputan mengenai mantan PM Imran Khan

Jun 6, 2023 | 2:30 PM
ENCIK IMRAN KHAN: Merupakan ahli politik yang paling banyak mendapat liputan televisyen di Pakistan dengan ucapan-ucapan yang beliau sampaikan termasuk di majlis-majlis perhimpunan yang menarik ramai penonton.
ENCIK IMRAN KHAN: Merupakan ahli politik yang paling banyak mendapat liputan televisyen di Pakistan dengan ucapan-ucapan yang beliau sampaikan termasuk di majlis-majlis perhimpunan yang menarik ramai penonton. - Foto REUTERS

ISLAMABAD: Saluran-saluran berita di Pakistan tidak lagi dibolehkan membuat liputan mengenai mantan Perdana Menteri, Encik Imran Khan, selepas pihak pengawal selia media mengarahkan mereka supaya menyekat orang-orang yang terlibat dalam rusuhan bulan lalu, menurut hasil tinjauan yang dijalankan agensi berita Reuter kelmarin.

Arahan yang dilihat Reuters itu dikeluarkan oleh pihak pengawal selia media minggu lalu sambil merujuk kepada rusuhan ganas di Pakistan pada Mei susulan penahanan Encik Imran yang menyaksikan kem-kem tentera dipecah masuk. Kejadian tersebut dikatakan dilakukan oleh para penyokong mantan perdana menteri itu

Penguasa Kawal Selia Media Elektronik Pakistan (PEMRA) mengarahkan pemegang lesen televisyen supaya memastikan “golongan penyebar kebencian, perusuh dan mereka yang bersubahat dilupuskan daripada liputan media”. Ia tidak secara langsung mengaitkannya dengan Encik Imran.

Bagaimapun, liputan ke atas mantan perdana menteri itu – pemimpin paling popular berdasarkan hasil tinjauan berkenaan – telah lesap sehingga nama dan imejnya tidak lagi disiarkan. Laman-laman berita juga melakukan tindakan yang sama.

Para pegawai tidak menjawab pertanyaan media mengenai arahan terhadap Encik Imran itu.

Beliau merupakan ahli politik yang paling banyak mendapat liputan televisyen di Pakistan dengan ucapan-ucapan yang beliau sampaikan termasuk di majlis-majlis perhimpunan yang menarik ramai penonton.

Sekatan tersebut dilaksanakan di tengah-tengah tindakan tegas diambil terhadap Encik Imran dan partinya yang menyaksikan berdozen-dozen anggota partinya dan ribuan penyokongnya ditahan. Beliau mendakwa tindakan itu diambil oleh angkatan tentera negaranya.

Pihak tentera tidak memberi sebarang respons terhadap pertanyaan mengenai dakwaan yang dibuat Encik Imran itu. Ia pernah menyangkal dakwaan mengenai penyingkiran kuasa beliau dalam pilihan raya Parlimen tahun lalu.

Encik Imran sendiri telah diberkas atas dakwaan rasuah tetapi dibebaskan dua hari kemudiannya selepas mahkamah mendapati penahanannya sebagai tidak sah. Beliau kekal dibebaskan dengan ikat jamin tetapi berdepan dengan pelbagai tuduhan.

Dalam satu temuramah, Encik Imran menyatakan kejadian rusuhan itu digunakan sebagai alasan sekatan menyeluruh terhadap beliau dan partinya. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg