Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pakistan timbang haramkan parti Imran Khan

May 25, 2023 | 03:02 PM



ISLAMABAD - Pakistan sedang menimbangkan untuk mengharamkan parti bekas perdana menteri Encik Imran Khan, kerana sering menyerang negara, kata menteri pertahanan pada Rabu.

Keputusan itu boleh mencetuskan kemarahan para penyokong parti dan memburukkan lagi perbalahannya dengan pihak tentera.

Bekas bintang kriket itu kini terlibat lagi dalam pertelagahan dengan pihak tentera, yang selama ini membayangi pemerintah Pakistan.

Pertembungan itu mencetuskan bantahan meluas oleh para penyokong Encik Imran.

Ini telah menimbulkan pula kebimbangan baru mengenai kestabilan di negara yang memiliki senjata nuklear itu, sedang ia menghadapi krisis ekonomi paling buruk dalam beberapa dekad ini.

Menteri Pertahanan, Enci Khawaja Asif, memberitahun wartawan bahawa parti pimpinan Encik Imran, Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI), telah menyerang negara itu, dan tindakannya tidak boleh dibiarkan.

“Kini sedang ditimbangkan untuk mengharamkan PTI,” katanya sambil menambah bahawa Parlimen harus memberi persetujuan kepada pemerintah untuk mengharamkan parti itu.

Menteri itu merujuk kepada bantahan-bantahan para penyokong Encik Imran yang menyerang pangkalan tentera termasuk ibu pejabat tentera dan bangunan pemerintah, pada bulan Mei ini.

Peguam yang mewakili parti PTI. Encik Ali Zafar berkata, sebarang langkah seperti itu akan dicabar di mahkamah. Beliau juga berkata bahawa parti itu tidak boleh disalahkan sepenuhnya, gara-gara tindakan sebilangan individu.

Pada Rabu juga, Encik Fawad Chaudhry, pembantu utama Encik Imran, telah berundur daripada PTI.

Encik Chaudhry berkata beliau telah memutuskan untuk berehat daripada politik.

Encik Imran menjadi perdana menteri pada 2018, dengan pihak tentera menyokongnya dari belakang, tetapi kedua-dua pihak menafikannya ketika itu.

Pihak tentera melihat Encik Imran, dengan agenda konservatif dan nasionalisnya, sebagai sesuatu yang dapat melindungi kepentingannya.

Tetapi Encik Imran kemudian bertelagah dengan pemimpin tentera kerana dilihat sebagai cuba campur tangan dalam urusan kenaikan pangkat pegawai penting, dan beliau disingkirkan selepas pengundian tidak yakin pada 2022.

Sejak itu, Encik Imran, 70 tahun, telah berkempen untuk mengadakan pilihan raya umum tergempar, dan cuba mendapat sokongan di seluruh negara.

Tetapi perdana menteri yang menggantikannya, Encik Shahbaz Sharif, menolak seruan untuk mengadakan pilihan raya sebelum sampai tempohnya, iaitu pada hujung tahun ini.

Encik Imran juga sedang menghadapi tuduhan rasuah, yang disangkalnya sebagai percubaan untuk melenyapkannya daripada politik negara itu.

Beliau ditahan pada 9 Mei berhubung dakwaan menghasut para penyokongnya melancarkan bantahan dan serangan ke atas pangkalan tentera. Beliau kemudian dibebaskan dengan ikat jamin.

Agensi anti rasuah menyoal siasat beliau selama kira-kira tiga jam dan kemudian dibebaskan pada Selasa. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >